Sewa Milik Selangorku kini memperkenalkan penambahan skim terbaru. Kerajaan Negeri Selangor kini telah bekerjasama dengan Islamic Banking dengan menawarkan skim pemilikan rumah Sewa untuk Beli (RTO).
Skim ini dikhaskan kepada golongan yang berpendapatan rendah mahupun memiliki pendapatan rumah tidak lebih daripada RM5,000. Namun begitu, pendapatan rumah juga berbeza bergantung kepada jenis rumah yang dipohon.

Kerajaan Negeri Selangor dan Maybank Islamic Bhd, akan menawarkan skim pemilikan rumah Sewa untuk Beli (RTO) kepada golongan berpendapatan rendah melalui program ‘Sewa Milik Selangorku’ pada suku pertama 2019.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengakui indeks kemampuan perumahan bukan sahaja diukur melalui pembinaan lebih banyak rumah mampu milik, tetapi juga keupayaan isi rumah membuat bayaran pendahuluan.

Menurut sumber daripada Bernama, penyelesaian RTO dibangunkan berasaskan konsep Ijarah atau skim patuh syariah yang menawarkan 10 tahun mengikut kadar sewa bulanan yang tetap kepada pelanggan. Pelanggan juga boleh melayari maybank2own.com bagi maklumat lanjut atau sebarang konsultasi. Skim ini terbuka kepada penduduk Selangor sahaja.

Pemohon yang ingin membeli rumah pertama boleh dapatkan skim RTO ini dan miliki hartanah sendiri bernilai tidak lebih dari RM 250,000. Pihak Maybank juga bercadang untuk meluaskan lagi skim yang ditawarkan kepada program lain iaitu, HouseKEY Maybank Islamic. Kerjasama yang pertama melibatkan kerajaan Selangor dengat institusi kewangan dilihat sebagai langkah yang bijak selain dapat membantu rakyat Selangor memiliki rumah sendiri.
Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula.

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.
Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.