Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Teo Nie Ching hari ini mengumumkan tentang potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus daripada gaji peminjam yang bergaji RM2,000 atau potongan sebanyak RM40 ke atas peminjam-peminjam PTPTN.

Keputusan ini telah pun sepakat diputuskan ketika mesyuarat kabinet pada 23 November yang lalu yang memutuskan supaya peminjam yang bergaji RM2,000 akan dikenakan potongan sebanyak dua peratus dan potongan itu akan seterusnya meningkat kepada 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam.

“Bagi tujuan kurangkan beban anak muda dalam membuat pembayaran balik, Kabinet pada 23 November telah memutuskan supaya potongan gaji ke atas peminjam PTPTN sebanyak 2 peratus atau RM40 sebaik saja gaji peminjam mencecah RM2,000, dan potongan ini meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan mereka.

BACA JUGA :   Ini Kesan Jika Peminjam PTPTN Tidak Kemaskini Butiran Pendapatan Dalam Tempoh 9 Hari

Teo juga menjawab soalan tentang janji kerajaan berkenaan hanya mereka yang bergaji RM4,000 ke atas diwajibkan membayar balik itu bakal dipertimbangkan semula oleh kerajaan apabila kedudukan kewangan negara kembali stabil dan mengizinkan, katanya ketika persidangan Dewan Rakyat tadi.

Beliau turut berkata bahawa ketika mesyuarat kabinet yang diadakan beberapa hari yang lalu turut meluluskan supaya pengecualian bayaran balik PTPTN diberikan kepada M40 sekiranya mereka mendapat kelas pertama sebaik selepas menamatkan pengajian mereka.

“Ini memang sudah jadi keputusan dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk golongan yang dapat kelas pertama dari T20, kita tahu mereka memang datang dari keluarga yang berkemampuan, harap mereka terus bayar.

“Dan nak tekan di sini, pengecualian di sini bukan saja kepada pelajar universiti awam seperti yang dicadangkan YB  Ipoh Timur, tetapi juga kepada IPTS. Mereka juga akan dapat pengecualian ini,” terangnya lagi ketika persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada hari ini.

Walaupun manifesto kerajaan ada menjanjikan tentang pengecualian bayaran balik atau pun tidak, kita sebagai peminjam yang bertanggungjawab dengan apa yang telah dipinjamkan kepada kita mestilah mempunyai rasa tanggungjawab untuk membayar semula supaya nanti tidaklah generasi selepas kita yang ingin meminjam PTPTN terasa beban dek kerana lambakan hutang oleh peminjam-peminjam PTPTN terdahulu yang tidak mahu membayarnya. Sudah pinjam, pandai-pandailah bayar semula ya.

BACA JUGA :   PTPTN:PENYELAMAT ATAU RACUN PADA MAHASISWA?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here