Insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25 Putra Heights Jaya telah membimbangkan rakyat Malaysia terutamanya. Insiden ini seterusnya memberi contoh yang negatif kepada negara serantau selaku negara yang berbilang kaum. Kejadian seperti membakar kenderaan berhampiran dan memusnahkan harta benda awam. Polis berjaya menahan seramai 21 lelaki tempatan yang berada dalam rusuhan tersebut.
Pelbagai pihak turut mengulas rusuhan yang tidk sepatutnya belaku dalam kalangan masyarakat. Kejadian ini berpunca dari salah paham sesetengah pihak. Akibat daripada kejadian ini, seorang ahli bomba yang dikenali sebagai Muhammad Adib Mohd Kassim kini cedera parah. Mangsa merupakan anggota Unit Bantuan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

Menurut sumber dari Bernama, Muhammad Adib dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam semalam pada 11:33 malam semalam bagi rawatan lanjut. Berikutan hasil persetujuan dari peihak keluarga untuk memindahkan Muhammad Adib ke IJN. Pihak IJN juga telah berbincang dengan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Sebelum ini terdapat juga desas desus yang mengatakan bahawa Adib sudah meninggal dunia. Namun, perkara ini telah dinafikan sendiri oleh tunang mangsa, Nurul Najihah Mohd Radzi, 24 tahun. Nurul berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan tunangnya. Menurut saksi, pada hari kejadian, Adib dilihat berada di tempat duduk hadapan sebelum diseret keluar oleh perusuh dan dipukul tanpa belas ihsan.

Melalui pemindahan ini, Adib bakal mendapat rawatan di IJN berikutan mesin yang diperlukan bagi rawatan pernafasan hanya terdapat di IJN sahaja. Terdapat juga orang ramai yang melahirkan rasa dukacita dan berharap agar mangsa cepat sembuh. Difahamkan, mangsa bakal melansungkan perkahwinan bersama pasangannya pada bulan hadapan. Rusuhan seperti ini dilihat telah memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia dan memberi imej buruk.
Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula.

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.
Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.