“Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai maklumat rasmi jadi saya tidak dapat cakap apa-apa.”
Itulah jawapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai khabar angin yang bertebaran mengenai perkahwinan YDPA Sultan Muhammad V bersama seorang wanita cantik yang bernama Oksana Voevodina yang juga merupakan bekas ratu cantik Moscow pada tahun 2015.
Khabar angin tentang perkahwinan YDPA Sultan Muhammad V itu mula menjadi perhatian umum beberapa hari lalu apabila terdapat beberapa keping gambar perkhawinan baginda tuanku yang memakai persalinan lengkap baju melayu biru di samping wanita tersebut.
Menurut portal dari United Kingdom, persandingan baginda dikatakan telah berlangsung pada 25 November yang lalu namun tidak diketahui tarikh sah pernikahannya.
Sehingga kini tiada maklumat tepat dan rasmi dari pihak Istana Negara untuk mengesahkan tentang khabar angin perkahwinan baginda tuanku itu.
Rata-rata rakyat meluahkan rasa terpesona dengan kecantikan wanita Rusia yang berjaya memikat hati YDPA Sultan Muhammad V yang persis patung dan tidak kurang juga ramai yang teruja dengan berita perkahwinan baginda menerusi akaun Twitter masing-masing.
Menurut satu sumber, majlis perkahwinan itu dilangsungkan dengan konsep gabungan tradisi melayu dan Rusia yang telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow. Perkahwinan itu diadakan dengan penuh eksklusif dengan tetamu daripada kalangan kerabat yang terdekat sahaja.
Wanita pilihan hati YDPA Sultan Muhammad V ini dikatakan telah memeluk Islam pada awal tahun ini dan dikenali dengan nama Islam Rihana Oxana Gorbatenko. Setakat ini masih tidak diketahui bila masanya isteri cantik milik YDPA Sultan Muhamad ini bakal ditabalkan sebagai permaisuri agong yang bakal mengisi tempat kosong sebelah kerusi baginda tuanku.
Apa pun, kami mengucapkan tahniah buat baginda tuanku atas perkahwinan bersama pilihan hati! Semoga kita dapat melihat kelibat permaisuri baru itu di khalayak ramai.