Hubungan baik dua hala antara Malaysia-Jepun kini bakal diperkukuhkan dengan pembukaan universiti Jepun di Malaysia. Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia telah menyuarakan impian beliau untuk bekerjasama dengan Jepun. Kenyataan ini telah diumumkan sendiri oleh Dr. Makio Miyagawa, duta Jepun ke Malaysia sebelum ini telah mendedahkan bahawa pihak mereka masih dalam perancangan untuk membuka kampus.

Dr. Makio Miyagawa. Sumber foto: sinarharian.com

Beliau turut mengulas bahawa cawangan universiti Jepun yang pertama di luar negara ini akan dibuka di Malaysia. Sedia maklum, polisi Jepun tidak pernah membuka kampus cawangan luar negara. Namun begitu, polisi itu bakal diubah sendiri oleh Menteri Pendidikan Jepun selepas mendapat permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia.

BACA JUGA :   Pengajian Bidang Farmasi di Universiti diiktiraf di Indonesia
Universiti Tsukuba. Sumber foto: Universiti Tsukuba

Dr Makio Miyagawa juga telah memaklumkan beberapa universiti di Jepun mengenai cadangan ini. Sehubungan dengan itu, permintaan ini jelas mendapat reaksi positif daripada universiti-universiti di Jepun.

Antara universiti yang memberi sokongan penuh ialah Universiti Tsukuba. Universiti Tsukuba adalah universiti yang tertua di Jepun dan antara universiti yang menyediakan pelbagai kemudahan penyelidikan di Jepun. Pusat pengajian ini juga turut memperoleh penghargaan Hadiah Nobel.

Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1980-an selepas dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali pertama. Tun Mahathir kini dalam usaha berbincang dengan Jepun dalam memeberi nafas yang baharu terhadap konsep tersebut. Permintaan yang tinggi dalam kalangan anak muda untuk belajar di institusi tinggi di Jepun sudah semestinya mahal.

BACA JUGA :   Lanjut Pengajian Bidang Perubatan Di Kursk State Medical University, Rusia Sesi September 2021!

Sehubungan dengan itu, Dr Makio Miyagawa turut mengulas akan mengambil kira yuran yang ditawarkan oleh universiti yang berkemungkinan akan membuka cawangan kampus di Malaysia. Beliau turut mengulas akan melakukan beberapa kerjasama dalam menggerakkan permintaan yang dikemukakan oleh Malaysia.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here