“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”

Kami yakin anda pasti mengetahui tentang dialog daripada iklan ubat terkenal yang sering ditayangkan di TV kan?

Zaman sekarang ini pelbagai jenis ubat-ubatan anda untuk sedia membantu merawat anda. Namakan sahaja ubat-ubatan apa yang anda perlukan untuk merawat sakit anda di kaunter farmasi atau hospital dan klinik, pasti ahli farmasi akan memberikan anda penyelesaiannya. Bukan sahaja terdapat pelbagai pilihan ubat-ubatan daripada pelbagai jenis jenama malah ubat-ubatan ini juga sangat mudah untuk anda dapatkan bukan sahaja di hospital atau klinik sahaja bahkan turut boleh didapati di kaunter farmasi dan juga kedai serbaneka.

Tetapi apakah jenis ubat yang sering menjadi pilihan kita apabila mengalami sakit-sakit ringan? Sudah semestinya ubat yang mengandungi bahan aktif Paracetamol dan antara jenama ubat-ubatan yang mengandungi Paracetamol yang sering kita cari sudah semestinya Panadol.

Paracetamol juga dikenali dengan nama lain iaitu Acetaminophen yang membantu untuk merawat serta melegakan sakit-sakit ringan yang sering dialami oleh manusia sepert sakit gigi, pening kepala dan juga senggugut. Di sebabkan ianya bersifat ‘antipiretik’ iaitu bagi membantu menurunkan suhu badan ketika demam, ianya juga sering menjadi pilihan mereka yang inginkan suhu badan kembali normal dengan cepat.

Paracetamol merupakan ubat yang dikategorikan sebagai Ubat Am atau Ubat OTC (Over the Counter) kerana ianya mudah untuk didapatkan.

Selain di panggil Acetaminophen, sesetengah jenama turut melabelkan ubat-ubatan mereka yang mengandungi Paracetamol dengan label singkatan ‘APAP.’

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa ubat kategori am ini tidak mempunyai dos yang ditetapkan oleh ahli perubatan kerana ianya dijual kepada umum secara terbuka dan mungkin ramai yang berpendapat bahawa pengambilan ubatan Paracetamol ini tidak akan memberikan sebarang risiko jika ianya diambil secara berlebihan dos. Jika anda selama ini mengambil ubatan berasaskan Paracetamol tanpa mengikut dos yang ditetapkan, kami nasihatkan supaya anda membaca entri ini untuk mengetahui kesannya.

 

# DOS SEBENAR BAGI PENGAMBILAN PARACETAMOL

Setiap ubat-ubatan mempunyai dos yang telah ditetapkan dan anda wajib mengetahui dan mengikuti dos ubat yang telah ditetapkan oleh doktor atau di arahan penggunaan ubat yang kebiasaannya dinyatakan di belakang paket ubat yang anda beli kerana dos pengambilan Paracetamol berlainan mengikut jenama. Paracetamol dihasilkan dalam dua bentuk sama ada dalam bentuk pil atau pun cecair mengikut keselesaan anda untuk mengambilnya.

BACA JUGA :   Moscow Aviation Institute Sediakan Pengajian Kejuruteraan Pesawat (Kemasukan September)

Anda juga harus ingat bahawa dos pengambilan ubat berlainan bagi kanak-kanak dan dewasa. Berdasarkan informasi dari Kementerian Kesihatan, dos optimum Paracetamol bagi orang dewasa ialah sebanyak 500-1 000mg bersamaan 4 kali sehari atau maksimum dos sebanyak 4 000mg sehari.

Warga emas mempunyai dos ubat-ubatan yang berlainan antara dewasa yang kurang umurnya kerana dos pengambilan ubat-ubatan bagi golongan warga emas ini lebih mengikut keadaan fungsi hati dan ginjal mereka kerana mereka lebih mudah untuk mengalami kesan sampingan.

Bagi bayi dan kanak-kanak pula, dos pengambilan Paracetamol ialah mengikut berat seorang kanak-kanak itu. Ini kerana fungsi hati dan buah pinggang mereka masih tidak matang. Bagi mengetahui dos yang bersesuaian bagi kanak-kanak, anda dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor bagi menggelakkan kesalahan dalam pengiraan dos.

 

# APA AKAN BERLAKU JIKA DOS UBAT DIAMBIL SECARA BERLEBIHAN?

Pengambilan dos ubatan secara berlebihan sangat berbahaya kepada kesihatan kita ini kerana terdapat banyak kesan yang anda akan dapat jika anda mengambil ubat melebihi dos yang sepatutnya. Antara kesan yang akan berlaku adalah risiko kegagalan hati dan masalah ini akan menjadi lebih kritikal jika individu tersebut sudah maklum mempunyai masalah hati atau mengambil minuman keras.

Kementerian Kesihatan turut menjelaskan bahawa kegagalan hati boleh berlaku jika anda kerap mengambil ubat-ubatan melebihi dos yang telah ditetapkan kerana hati terpaksa untuk bekerja keras dan mungkin boleh berlaku keadaan di mana pengumpulan bahan metabolisma Paracetamol sehingga ke tahap toksik atau beracun.

Mengetahui tanda-tanda ketoksikan hati akibat pengambilan Paracetamol secara berlebihan, anda akan mengalami keadaan di mana anda akan berpeluh, loya, muntah dan berasa sakit sebaik selepas beberapa jam pengambilan Paracetamol. Ia juga boleh menyebabkan individu tersebut tidak dapat menyedarkan diri dan jika tidak diberikan rawatan dengan segera, ia mungkin boleh menyebabkan kematian dalam tempoh 3-5 hari.

Antara kemudaratan lain yang akan terjadi kepada individu yang mengambil dos ubat secara berlebihan termasuklah kesan-kesan seperti muntah, pening, sawan, kekeliruan, mengantuk, sawan, gangguan penglihatan, koma, pendarahan dalaman, kesukaran bernafas dan juga khayalan.

Selain memberikan kesan sampingan seperti apa yang telah dinyatakan di atas, dos yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kematian.

Sebanyak 1 500 kematian telah dicatatkan di Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun yang lalu yang dipercayai akibat pengambilan Paracetamol secara berlebihan manakala sebanyak 56 ribu orang telah dimasukkan ke bilik rawatan kecemasan setiap tahun akibat bahan aktif ini.

BACA JUGA :   Apa yang Menarik di Indonesia?

 

#APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN PENGAMBILAN DOS SECARA BERLEBIHAN?

Ubat boleh menjadi sahabat baik kita jika kita menggunakannya dengan cara yang betul dan boleh membantu mengurangkan rasa sakit yang kita alami tetapi ubat juga boleh menjadi racun kepada kita jika kita tidak mengetahui cara yang betul untuk menggunakannya.

  1. Anda boleh membuat ‘reminder’ tentang waktu pengambilan ubat anda yang seterusnya supaya anda tidak terlupa tentang waktu yang sepatutnya anda mengambil ubat. Pastikan anda benar-benar mengetahui jarak masa yang perlu diambil bagi ubat yang seterusnya.
  2. Tidak menukar sukatan yang telah ditetapkan oleh doktor atau ahli farmasi bagi mengelakkan pengambilan dos secara berlebihan atau kurang.
  3. Baca dengan jelas tentang cara penggunaan dan sukatan yang perlu diambil.
  4. Mendapatkan penerangan dari doktor dan ahli farmasi yang bertugas berkenaan ubat yang anda ingin ambil.

INGIN MENJADI AHLI FARMASI?

Anda berminat untuk berada dalam bidang perubatan namun anda mungkin tidak berminat untuk menjadi seorang doktor atau jururawat kerana lebih berminat dengan kerjaya yang berlainan dalam bidang perubatan ini?

Anda mempunyai impian untuk menjadi seorang ahli farmasis? Tetapi masih mencari-cari tempat pengajian yang menawarkan bidang farmasi di universiti-universiti terbaik?

Kami mempunyai jawapan buat persoalan anda itu!

 

JOM SAMBUNG BELAJAR DALAM BIDANG FARMASI DENGAN DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD

Anda berminat untuk menjadi bakal graduan bidang farmasi? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult anda sudah selangkah untuk menjadi pelajar dalam bidang farmasi kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke sana serta turut menyediakan khidmat konsultan buat anda secara percuma.

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

 

BERMINAT?

Daulah Educonsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here