Bekerja di luar negara pastinya sesuatu yang menyeronokkan lebih-lebih lagi pada umur 20-an. Bekerja di luar negara membolehkan anda untuk mengutip pengalaman ke luar negara di samping terokai keindahan alam. Terdapat banyak negara yang menggalakkan rakyat mereka untuk bekerja di luar negara. Tidak terkecuali juga di Malaysia, rakyat negara kita sangat mudah terpengaruh dengan kerja di luar negara.

Rakyat Malaysia disarankan agar tidak mudah terpedaya dengan “janji manis” dari sesetengah agensi. Sumber foto: illuminasi

“Petik buah di luar nega”, “kontraktor luar negara”, “pulangan yang lumayan” adalah perkara yang sering menjadi bualan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya jika bekerja di bandar adalah satu cabaran buat sesetengah individu. Justeru, bekerja di luar negara adalah peliuang yang terbaik kerana gaji yang lebih tinggi jika ditukar ke matawang Malaysia.

BACA JUGA :   Najwa Pemain Bola Jaring Pertama Dilamar Ke Luar Negara

Menurut laporan daripada Bernama, Menteri Dalam Negeri telah memberi amaran buat rakyat Malaysia agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan oleh sesetengah agensi ke luar negara.  Bagi rakyat Malaysia yang masih berdegil ingin ke bekerja dengan memetic buah ke luar negara disarankan untuk menyemak latar belakang agensi tersebut terlebih dahulu.

Tedapat juga rungutan dari rakyat Malaysia dari segi kebajikan mereka yang tidak dijaga oleh majikan. Sumber foto: ohbulan

Umumnya, bekerja petik buah di Australia adalah sesuatu sering diangankan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, anda perlu memikirkan juga tentang kebajikan anda selama bekerja di luar negara. Terdapat banyak momokan seperti tidak mendapat mencari makanan yang halal, perubahan suhu yang mendadak juga merupakan punca utama rakyat Malaysia pulang ke egara asal.

BACA JUGA :   Kerana Terima Satu Friend Request Di Facebook, Wanita Ini Hilang $500,000

Anda juga berkemungkinan tinggi untuk menadi mangsa “scammer” jika menyerahkan segala dokumen mengenai maklumat peribadi kepada agensi yang tidak dikenali. Sebagai rakyat Malauysia, kita perlulah berhati-hati dengan segala tindak tanduk yang dilakukan agar tidak rugi di kemudian hari.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here