Bagi kanak-kanak yang bukan warganegara, pastinya sukar untuk mendapatkan pendidikan di sini. Hal ini demikian kerana tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah. Sama ada kanak-kanak mahupun golongan bukan warganegara yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), akan mula diberikan pendidikan asas vokasional dalam empat bidang iaitu masakan, jahitan, seni dan muzik.

Dato Seri Najib ketika melawat SBJK ketika menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri. Sumber foto: Najibrazak.com

Menurut sumber dari Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, dengan memperkenalkan kemahiran asas ini sekurangganya dapat membantu bukan warganegara untuk mendapat pekerjaan pada masa yang akan datang. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan di sekitar pasar mahupun kawasan lain.

Perkara ini diulas oleh Timbalan Menteri Pendidikan secara lisan dalam Dewan Persidangan Negara. Ini bagi menjawab persoalan Senator Datuk Dr. Mohd Nor Monutty yang menginginkan kepastian mengenai pendidikan formal kepada kanak-kanak gelandangan yang berada di sekitar ibu kota. Seperti sedia maklum, golongan seperti ini sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tiada pengenalan diri yang sah.

BACA JUGA :   Masuk Ke Maahad Buuth Menerusi Madrasah Daulah Tanpa SPM & STAM
Pelbagai pihak kini aktif dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang masih lagi belum mendapat kewarganegaraan. Sumber foto: thestar.com

Menurut Teo Nie Ching, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jelas mengambil berat dalam memberikan pendidikan bagi setiap golongan. Beliau turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang bukan warganegara akan diterima masuk ke Malaysia bermula 2019. Teo Nie Ching turut berkata bahawa ibu bapa wajar bertanggungjawab kerana tidak mendaftarkan anak mereka. Berikutan pada masa hadapan akan menyukarkan kanak-kanak tersebut.

Sumber foto:diarymama.com

Begitu juga ibu bapa yang tidak mendaftarkan perkahwinan mahupun bukan warganegara Malaysia, perlu berusaha mendapatkan dokumen yang sah. KPM juga mengulas akan sedia membantu dari segi pelajaran bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan. Namun begitu, jika pelajar sudah menamatkan pendidikan dan masih tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah bakal menyukarkan mereka mendapatkan pekerjaan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here