Antara negeri yang menarik serta wajib dilawati sudah tentulah negeri Melaka. Melaka mempunyai pelbagai keunikan selain tinggalan pra-sejarah. Terdapat benyak tempat yang menarik sesuai setiap golongan umur. Melaka juga telah diisyhtiharkan sebagai tapak warisan oleh UNESCO.
#1. PANTAI KLEBANG

Pantai Klebang boleh dikatakan menjadi perhatin ‘instagrammers’ kerana kawasan pantai ini membuatkan anda berada seakan-akan berada di gurun. Kedudukan pantai ini juga berada tidak jauh dari kawasan bandar dan lokasi yang stategik ini pastinya berbaloi untuk anda ke sini.
Digalakkan bagi mereka yang ingin ke sini menggunkan perkhidmatan kereta pacuan empat roda. Anda juga boleh menggunakan kereta sewa yang akan membawa anda ke gurun ini dengan bayaran RM 3.00 sehala. Kedudukan pantai ini yang agak tersorok serta penat untuk berjalan kaki. Pastinya akan membuat anda berpeluh jika berjalan kaki.
‘Padang pasir’ ini juga boleh dijadikan sebagai kawasan yang strategik bagi para pengantin jika ingin mengadakan sesi fotografi. Pemandangan yang luas pastinya memukau mata anda. Bagi pengunjung yang ingin ke sini, diingatkan agar meninggalkan pantai sebelum 7:00 petang. Hal ini bagi menggelakkan sebarang perkara yang tidak diingini seperti kes kecurian.
#2. MUZIUM KAPAL SELAM
Anda bukan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)?
Jangan risau kerana anda masih lagi boleh memasuki muzium Kapal Selam. Kapal ini berada di Dataran 1 Malaysia Klebang. Kapal selam ini adalah FS Oussant Agosta 70. Kapal ini digunakan bagi tujuan latihan oleh Kru Perdana Menteri TLDM.

Kapal selam ini sebelumnya adalah milik Perancis sebelum dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kemudian, kapal ini diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka pada tahun 2012 dan dijadikan sebagai pusat pameran buat orang ramai.
Waktu operasi setiap hari bermula 9:00 pagi sehingga 5:30 petang dan 9:00 pagi hingga 6:30 petang pada hujung minggu. Bayaran yang dikenakan juga sangat berbaloi iaitu RM3.00 bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.
Namun begitu, terdapat bebrapa kawasan yang tidak dibuka kepada orang ramai berikutan kawasan kapal selam yang sempit dan tidak dapat menampung sejumlah pengunjung pada masa yang sama. Pengunjung juga dapat melihat kawasan lain dalam kapal selam ini melalui paparan skrin yang telah disediakan.
#3. JONKER WALK

Kawasan ini boleh dikatakan seakan pasar malam yang biasa mahupun Danau Kota. Orang ramai mahupun pengunjung yang ingin membeli buah tangan buat yang tersayang, bolehlah ke Jonker Walk.
Terdapat banyak buah tangan mahupun ‘souvenir’ yang boleh dipilih dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh tawar-menawar dengan penjual jika ingin membeli dengan kuantiti yang banyak. Kawasan ini terletak di Jalan Hang Jebat, bandar Melaka.
#4. TAMAN BUAYA

Bagi anda yang melancong bersama keluarga, anda juga boleh berkunjung ke Taman Buaya sebagai aktiviti tambahan ke Melaka. Taman ini mula dibuka pada tahun 1987 dan terdapat lebih daripada 100 spesis buaya antaranya American Alligator, Indiana marsh mugger crocodile and spectacled caiman dan banyak lagi.
Tidak dilupakan juga dengan pertunjukan yang disajikan di sini. Bagi anda yang ingin menyaksikan pertunjukan, boleh datang pada hari Sabtu, Ahad dan waktu cuti sekolah serta cuti umum sahaja. Pertunjukan ini akan bermula pada jam 11:30 pagi sehingga jam 2:30 petang.
Terletak di Ayer Keroh dan bayaran yang dikenakan pada hari umum adalah RM 15.00 bagi dewasa dan RM 12.00 bagi kanak-kanak. Hari minggu dan cuti sekolah pula berbeza iaitu RM 20.00 bagi dewasa dan RM 17.00 bagi kanak-kanak.
#5. AUSTRALIA VILLAGE

Kawasan pengginapan yang agak lain dari lain kerana rumahnya berbetuk segi tiga. Bagi anda yang ingin mengginap, bolehlah datang ke Australia Village. Homestay ini mampu memuatkan empat sehingga enam orang dan mempunyai dua tingkat. Antara kelengkapan yang telah disediakan termasuklah sofa, television (TV) dua katil saiz queen serta water heater.
Terletak di Taman Paya Rumput Indah dengan jarak 7 kilometer (km) dari pusat bandar. Walaupun agak jauh, kawasan ini boleh dikatakan berbaloi untuk mengginap. Kawasan pakir juga luas. Kawasan ini juga berpagar bagi meningkatkan lagi keselamatan anda.
Banyak lagi tempat menarik di Melaka yang boleh dilawati buat anda yang ingin mebgahbiskan musim cuti bersama yang tersayang. Sebelum anda datang ke Melaka, pastikan anda merancang waktu percutian anda dengan teliti.