Bank makannan adalah suatu organisasi yang bertanggungjawab menerima sumbangan makanan daripada pihak lain untuk diaguhkan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti miskin bandar. Di Amerika syarikat, ia juga dikenali sebagai “soup kitchen”.

Di Malaysia, ada beberapa organisasi yang giat melaksanakan program bank makanan ini dengan menerima sumbangan daripada orang persendirian atau pun daripada syarikat. Tapi, ia hanyalah usaha kendiri NGO tanpa bantuan mana-mana pihak.

Program bank makanan di Malaysia masih kurang diketahui oleh rakyat. (sumber gambar: Second Harvest Asia)

Dunia dahhampir memasuki tahun 2019 dan masih ada lagi penduduk di bandar yang berpendapatan rendah. Kos sara hidup di bandar yang makin meningkat saban hari juga langsung tak membantu untuk memudahkan hodup sebahagian penduduk di bandar.

Prihatin dengan masalah sebegini, kerajaan akan memperkasakan program bank makanan yang sebelum ini hanya digiatkan oleh NGO tempatan. Program ini akan mula digiatkan bermula tahun depan dan akan dilancarkan oleh Tum Mahathir nanti.

Ikut Negara Luar.

Kalau kita biasa tengok dokumentari, program bank makanan ini dah lama dibuat di negara luar. Bank makanan ini di negara luar lebih tertumpu kepada golongan miskin yang tinggal di kawasan bandar dan juga golongan gelandangan.

Jadi, kerajaan Malaysia turut akan mengikut modal dan acuan yang dh diamalkan oleh negara luar bagi memastikan bank makanan ini boleh dimanfaat kepada golongan yang sepatutnya.

BACA JUGA :   Pengambilan Guru 'One-Off', Saringan Terperinci Akan Dilakukan!

Makanan Halal

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, makanan halal akan menjadi makanan utama yang akan dikumpulkan kerana ia boleh dinikmati oleh semua golongan.

Pulau Pinang merupakan antara negeri rintis bagi program Bank Makanan peringkat nasional ini (Sumber gambar: Astro Awani)

Projek ini akan dimulakan di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, dan Negeri Sembilan dengan penglibatan beberapa pasar raya besar seperti Tesco Malaysia, GCH Retail (Giant Malaysia), dan Aeon Malaysia.

Akta Bank Makanan Akan Lindungi Penyumbang.

Untuk menggerakkan program ini dengan melibatkan beberapa syarikat besar bagi menyumbangkan makanan ke dalam Bank Makanan peringkat nasional ini, sebuah akta akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun depan.

“Para penyumbang bank makanan ini akan dilindungi undang-undang selepas perwartaan Akta Bank Makanan ini” Saifuddin Nasution. (Sumber gambar: The Malaysian Insight)

Akta ini akan melindungi para penyumbang sekiranya makanan yang disumbangkan oleh mereka akan menjejaskan penerima sumbangan.

“Kita tiada undang-undang yang jelas. Kebimbangan wujud dalam kalangan pelbagai pihak terutama syarikat antarabangsa. Sebagai contoh, penyumbang memberi minuman dan selepas itu penerima terkena penyakit serta mahu menyaman pihak ter­libat.

“Ini adalah satu daripada pun­ca mengapa ada syarikat yang keberatan menyertai prog­ram ini. Sebab itu perlu adanya akta untuk melindungi mereka dan ia akan menjadi undang-undang good samaritan law,”

Elakkan Pembaziran.

Program Bank Makanan peringkat nasional ini juga boleh menggelakkan pembaziran terhadap makanan yang dibuat. Purata seorang rakyat Malaysia membazirkan sebanyak 1 kg makanan setiap hari.

BACA JUGA :   Pemandu Mabuk Akan Dikenakan Hukuman Lebih Berat Berkuatkuasa Jumaat Ini.

Projek di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Helwal Pengguna tersebut terbahagi kepada 2 fasa; fasa pertama dibuat bermula Ogos hingga Disember ini dan selebihnya akan dilaksanakan pada tahun depan.

“Statistik dikeluarkan oleh SWCorp, rakyat Malaysia menjana 15,000 tan sampah makanan setiap hari dan daripada jumlah itu, 3,000 tan masih boleh dimakan dan sekiranya ia diagihkan kepada pihak yang memerlukan, ia boleh memberi manfaat kepada hampir dua juta rakyat Malaysia.

Ada pendapat untuk dikongsikan mengenai program Bank Makanan Nasional ni? Kongsikan di ruangan komen.

Ikhtiar Khasiat Herba Bidara Dengan Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah

Tahukah anda herba bidara bukan sahaja digunakan untuk menghalau mahluk halus tatpi juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan?

Kini, khasiat herba bidara boleh anda dapati dalam bentuk gel mandian dengan produk Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah. Hanya yang berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Maklumat lanjut boleh berhubung melalui talian:

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here