Ramai sudah mengetahui bahawa bermula tahun hadapan Kementerian Kesihatan bakal menguat kuasakan larangan merokok di semua premis makanan dan juga restoran yang bakal bermula 1 Januari nanti bukan?

Semalam Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) telah meminta supaya larangan merokok itu di tangguhkan terlebih dahulu atas alasan kerana menyifatkan bahawa tabiat merokok sudah menjadi rutin biasa perokok negara ini yang sudah sebati dalam diri mereka dan sangat sukar untuk membendung ketagihan perokok.

Presiden persatuan itu, T Muthusamy turut berkata bahawa larangan baru yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan itu tidak praktikal kerana perokok hanya dibenarkan untuk merokok sejauh tiga meter atau 10 kaki dari premis makanan. Beliau turut menyifatkan bahawa ianya juga membebankan pengusaha premis makanan itu sekiranya pelanggan melanggar arahan yang telah ditetapkan itu.

Selain itu, menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) turut mengulas berkenaan larangan merokok ini dengan berkata bahawa pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk menegur pelanggan yang merokok di premis mereka.

BACA JUGA :   Seronoknya Belajar di Maahad Buuth Al-Azhar. Memang Berbaloi.

Permintaan bagi menangguhkan larangan ini bagaimana pun tidak dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kesihatan dan tidak berkompromi terhadap aspek kesihatan mereka yang tidak merokok. Namun pihak Kementerian Kesihatan tetap menghormati hak perokok.

Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata bahawa kerajaan menghormati hak perokok di negara ini dan pihak kerajaan tidak menghalang sepenuhnya jika perokok ingin merokok tetapi perlulah berdasarkan apa yang telah ditetapkan iaitu di tempat yang lapang serta jauh dari kawasan awam supaya tidak menjejaskan kesihatan orang lain yang berada di tempat awam.

“Kerajaan amat menghormati mereka yang tidak merokok dan kita hormati hak perokok. Kita tidak halang sepenuhnya kalau nak merokok tetapi biar di kawasan lapang, jauh dari kawasan awam, jangan sampai jejaskan kesihatan orang lain,” katanya melalui sumber Utusan.

BACA JUGA :   ISI RUMAH MISKIN TEGAR BAKAL DAPAT REBAT BIL ELEKTRIK RM40

Dr. Lee Boon Chye turut menambah bahawa pihak kerajaan akan tetap meneruskan larangan itu biarpun mendapat tentangan serta meminta supaya perlaksanaan larangan merokok di kawasan awam ini ditangguhkan terlebih dahulu dan pihak kerajaan sedia terbuka untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak berkenaan larangan merokok ini.

“Yang pertama merokok ini berbahaya dan memudaratkan kesihatan bukan setakat kepada perokok malah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.

“Kedua trend golongan remaja yang merokok meningkat, jadi kerajaan ambil serius perkara ini dan ketiga pada 2005 kita telah menandatanganj perjanjian de­ngan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau yang menyasarkan negara bebas rokok menjelang 2045,” terangnya lagi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here