APA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MENJADI SEORANG VETERINAR

0
2352

Bukan mudah untuk menjadi seorang veterinar kerana perlu memahami sifat haiwan. Ini yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang veterinar.

#1. Pencinta Haiwan

Anda haruslah seorang pencinta haiwan kerana seorang veterinar perlu ada sifat kasih dan sayang kepada haiwan. Haiwan dapat berasakan kasih sayang daripada seorang veterinar sekiranya veterinar itu mempunyai sifat kasih dan sayang kepada haiwan.

Menjadi seorang veterinar sekiranya sifat pencinta haiwan tiada di dalam diri seseorang. Apabila sifat cinta akan haiwan ada diri seorang veterinar sudah pasti segala kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan haiwan pun dapat merasakannya.

#2.Tidak takut kepada haiwan

Seorang veterinar perlu mempunyai sifat yang berani dan tidak takut kepada haiwan. Haiwan akan bersifat ganas apabila berasa diancam atau dengan orang tidak di kenalinya melainkan tuannya sendiri.

BACA JUGA :   Belajar ke Negara Garuda Bersama Daulah Educonsult

Seorang veterinar harus berani dan tidak takut apabila haiwan yang dirawat tiba-tiba meragam atau bertindak ganas. Haiwan juga akan mencedera seorang veterinar sekiranya dia berasa terancam.

#3. Tidak mendiskriminasikan haiwan

Seorang veterinar tidak boleh mendiskriminasika haiwan kerana haiwan yang dihantar untuk dirawat pelbagai haiwan sepert anjing, kucing cacat dan pelbagai lagi. Malah  seorang veterinar juga perlu bersedia untuk merawat hidupan liar terutamanya di Zoo.

Sikap diskriminasi tidak perlu wujud di dalam diri veterinar kerana pelbagai haiwan akan dirawat dan dihantar. Sikap ini tidak boleh wujud kerana haiwan yang dihantar atau dirawat mempunyai pelbagi jenis dan pelbagai penyakit.

#4. Tahap kesabaran

BACA JUGA :   Bidang Farmasi di Universiti Terkemuka Luar Negara

Untuk menjadi seorang veterinar perlu mempunyai kesabaran yang tinggi. Haiwan bukanlah seperti manusia yang dapat memberi respon atau tindakbalas apabila kita merawatnya. Haiwan juga tidak akan pernah memberitahu bahagian mana yang sakit kerana seorang veterinar itu sendiri perlu memahami haiwan itu.

Sifat sabar dituntut sekiranya ingin menjadi seorang veterinar kerana haiwan tidak akan bercakap memberitahu sakitnya dan perlu bijak mengawas situasi apabila haiwan tiba-tiba menjadi agresif. Sifat kesabaran perlu ada dalam diri seorang veterinar.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here