Tahun baru yang bakal menjelang ini pastinya kita semua sudah memasang wishlist azam yang kita nak lakukan pada tahun 2019 nanti kan? Tahun baharu, azam pun kena lah baru, betul tak?

Tetapi sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi tahun baharu dengan azam baru? Sejauh manakah persediaan kita untuk bersedia dengan larangan merokok yang bakal dikuat kuasakan bermula 12 tengah malam nanti? Sudah bersediakah Malaysia?

1 Januari bakal bermulanya tempoh larangan merokok di semua premis makanan selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 sebagaimana yang telah diputuskan oleh kerajaan dalam usaha untuk melindungi orang awam terutamanya bagi yang tidak merokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

Larangan merokok di semua premis makanan ini akan meliputi semua jenis premis tidak kiralah sama ada ianya tertutup, open air ataupun berhawa dingin sekalipun. Kementerian Kesihatan turut menjelaskan bahawa perokok hanya akan dibenarkan merokok jika mereka berada sejauh 3 meter atau 10 kaki daripada premis makanan.

Bukan itu sahaja yang anda perlu tahu! Kami senaraikan kepada anda perkara-perkara lain yang anda perlu tahu bagi menghadapi penguatkuasaan perintah larangan merokok ini yang akan bermula esok :

# ANDA DILARANG MEROKOK DI KAWASAN YANG DIWARTAKAN INI!

  1. Rumah Kedai 
  2. Tempat Makan Terbuka 
  3. Gerai Makan 
  4. Food Truck 
  5. Restoran Atas Lot Tanah 
  6. Kedai Makan Dalam Sungai 
  7. Kenderaan 
  8. Kedai Makan Atas Awan 
BACA JUGA :   FILEM-FILEM LAMA YANG AKAN MEMBUAT ‘COMEBACK’ PADA 2019

# BUKAN TEMPAT MAKAN SAHAJA YANG DILARANG MEROKOK TAU! INI ANTARA 23 TEMPAT LAIN YANG DILARANG MEROKOK

  1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam
  2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
  3. Di dalam lif atau tandas awam
  4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
  5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22
  7. Di dalam mana-mana lapangan terbang
  8. Di dalam mana-mana premis kerajaan
  9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
  11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
  12. Di dalam mana-mana bas sekolah
  13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
  14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
  15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
  17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
  19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet
  20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara
  21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat
  22. Bangunan Parlimen
  23. Di mana-mana restoran dan kedai makan terbuka
BACA JUGA :   Kucing yang suka merayau lebih terdedah kepada penyakit

# APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN JIKA TERNAMPAK PEROKOK SERONOK MENGHISAP ROKOK DI PREMIS MAKANAN?

Jangan ingat kita tidak hak tau untuk melaporkan aduan jika ternampak ada perokok-perokok yang masih degil menghisap rokok di premis awam kerana kita pun ada tanggungjawab bersama untuk membendung tabiat tidak sihat ini dalam kalangan masyarakat!

“Tapi apa yang kami boleh buat?”

Jika anda tidak tahu, kita semua sebenarnya boleh menjadi ‘mata telinga’ untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam membendung permasalahan ini dengan membuat aduan melalui talian hotline Kementerian Kesihatan di 03-8892 4530.

 Sesiapa yang didapati melanggar larangan baru ini boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10, 000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Jadi jangan malu-malu untuk melaporkan perkara yang betul, ingat tu rakyat Malaysia!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here