Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam telah mengumumkan bahawa bakal ada empat lagi tambahan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai SST menjelang tahun 2019 ini yang akan mula dikuat kuasakan sepenuhnya pada bulan 1 Mac nanti.

kredit : ProjekMM

4 perkhidmatan baru yang bakal dikenakan cukai SST itu adalah perkhidmatan pengendalian taman hiburan, perkhidmatan pembersihan (khidmat membersihkan bangunan dan dobi), penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan (komisen bagi jualan saham) serta penyediaan latihan dan tunjuk ajar (seminar atau bengkel).

Sebanyak 5,000 hingga 10,000 syarikat yang telah dikenal pasti menawarkan perkhidmatan berkenaan dijangka akan berdaftar di bawah sistem cukai ini. Beliau mengingatkan supaya pemilik-pemilik syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dengan nilai perkhidmatan bercukai melebihi RM50,000 wajib untuk mendaftar sebelum 28 Februari nanti.

BACA JUGA :   Mengapa anda perlu belajar di KSMU?

Pemilik syarikat tidak perlu risau kerana tidak tahu cara-cara untuk mendaftar syarikat mereka di bawah sistem cukai tersebut kerana kastam akan mengeluarkan panduan industri bagi membantu mereka mendaftar. Mereka juga boleh mendapatkan penjelasan lanjut tentang pendaftaran sistem cukai ini menerusi pelbagai saluran seperti laman web SST, pejabat kastam negeri berhampiran dan juga melalui pusat panggilan kastam.

Beliau berkata bahawa kutipan SST ke atas empat perkhidmatan ini tidak akan membebankan golongan B40 kerana kutipan cukai ini bakal memberikan pelbagai manfaat kepada golongan B40 dalam bentuk insentif atau infrastruktur.

Bukan sahaja golongan B40 yang akan mendapat manfaat daripada kutipan cukai SST ini malah sebanyak 20,000 hingga 25,000 syarikat juga akan mendapat manfaat berikutan perlaksanaan pengecualian cukai perkhidmatan melibatkan kumpulan professional (Kumpulan G) yang memberi perkhimatan sama kepada orang berdaftar lain dalam kumpulan yang sama bermula semalam (1 Jan).

BACA JUGA :   Tawaran kemasukan Ke Kursk State Medical University, Rusia kini dibuka bagi intake Februari 2020

Pengecualian cukai itu juga dapat mengelakkan kenaikan kos akibat cukai berganda dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan daya saing industri perkhidmatan negara ini.

Bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan bolehlah melawat laman web MySST untuk anda dapatkan maklumat secara terperinci mengenai pendaftaran syarikat di bawah sistem cukai ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here