Sekarang ini macam-macamlah produk kecantikan yang ada dijual di pasaran, anda cakapkan sahaja nak hilangkan jerawat? Nak muka flawless macam artis? Nak muka pinkish? Nak putih? Seribu satu masalah kulit anda semuanya ada penyelesaiannya sehingga ramai seperti terlalu taksub untuk cantik sehingga ada yang tidak tahu untuk membezakan produk mana yang bagus dan produk mana yang tidak.

Produk kecantikan di negara kita ini sudah memecah pelbagai pasaran dan bukan drugstore sahajalah tempat untuk kita dapatkan produk kecantikan diri tetapi kita juga sudah boleh untuk mendapatkan produk kecantikan di kedai-kedai jamu dan ejen-ejen di media sosial juga tau. Produk di drugstore sekarang pun orang sudah pandang sebelah mata sahaja betul tak?

Asal murah, tengok testimoni yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya dan berikan hasil yang singkat, produk seperti inilah yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Tidak semua produk-produk kecantikan yang ada di pasaran tempatan ini tidak bagus dan tidak baik untuk digunakan tetapi kita sebagai pengguna sepatutnya lebih bijak dalam menilai dan memilih sesuatu produk. Janganlah sebabkan terpengaruh dengan iklan yang sesebuah syarikat itu lakukan, kita terus dapatkan produk itu tanpa membuat research. Research itu penting tau!

#PRODUK ‘INSTANT’

Tahun lalu, ‘warga’ Twitter kecoh memperdebatkan pandangan masing-masing mereka tentang sebuah produk kecantikan yang dimiliki oleh seorang insta-famous iaitu Syafiqah Aina. Siapa yang tak kenal Syafiqah Aina ini kan? Gadis yang pernah viral dengan kejutan-kejutan romantik dilakukan oleh suaminya.

Kalau anda yang tidak tahu, insta-famous cantik ini telah mengeluarkan produk jenamanya tersendiri yang dipanggil ‘NSA BEAU’ yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan termasuklah cleanser, serum, lipsticks dan yang terbaru sekali iaitu Sunscreen yang paling ‘mengundang’ bash dari warga Twitter.

Produk Sunscreen yang dikeluarkan oleh NSA Beau ini telah memberi pelbagai komen oleh mereka di media sosial mana kan tidaknya harga serum yang cuma 15ml ini mencecah RM59 bagi satu tiub. Makaih!

Ada juga yang memberikan pandangan bahawa harga Sunscreen oleh syarikat ini lebih mahal daripada jenama-jenama antarabangsa yang ada di drugstore berpuluh-puluh tahun. Dahlah kecil sahaja saiz produknya!

Ada juga yang bash Sunscreen jenama insta-famous ini yang tidak diketahui daripada mana sumber Sunscreen ini dibuat dan tahu-tahu sahaja insta-famous ini mengeluarkan produk kecantikannya yang tersendiri. Jenama ini juga tidak memberikan maklumat kandungan Sunscreen yang dihasilkan dengan tepat sehingga tersalah ‘SPF++50.’ Hurm… macam mana tu?

Ramai yang beranggapan bahawa pemilik produk kecantikan ini hanya menggunakan muka cantiknya sahaja untuk menjual produk walhal dipercayai insta-famous itu sendiri telah mendapatkan rawatan kulit daripada pakar kulit dan membuatkan netizen makin kurang senang dengan pemilik produk kecantikan itu yang dikatakan hanya ingin mendapat untung semata-mata.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Ijazah Sarjana Menerusi Program Madrasah Daulah.

Ramai yang marah dengan mereka yang senang mempercayai produk kecantikan yang tumbuh seperti cendawan di negara kita ini sehingga produk ini laku keras dijual sejak pertama kali dilancarkan dan telah ‘membantu’ pemilik syarikat kecantikan ini untuk bertambah kaya.

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis dan jenama Sunscreen yang ada dijual di drugstore yang kita sendiri boleh pilih. Terdapat banyak lagi jenama yang sudah berpuluh-puluh tahun menghasilkan Sunscreen yang keberkesanannya tidak perlu dipersoalkan lagi bahkan jauh lebih murah. Kenapa perlu kita membuat keputusan yang kurang bijak?

Penggunaan Sunscreen ini memang penting untuk kita gunakan lagi-lagi jika sering terdedah kepada sinaran matahari. Ada yang menggunakan Sunscreen dan ada juga di kalangan kita yang menggunakan Sunblock. Mungkin di antara kita yang tidak menggunakan Sunscreen atau Sunblock menganggap ianya bukanlah suatu keperluan tetapi pada tahun 2019 ini, anda perlu tukar mindset tersebut kerana kami akan terangkan kepada anda perbezaannya!

 

#PERBEZAAN SUNSCREEN & SUNBLOCK

Jika selama ini anda tidak langsung peduli dengan penggunaan Sunscreen dan Sunblock, selepas membaca entri kami pada kali ini pasti akan membuat anda terus menuju ke drugstore yang terdekat untuk dapatkannya. Pastikan anda dapatkan Sunscreen atau Sunblock yang betul-betul selamat untuk digunakan tau!

Jadi apa bezanya Sunscreen dan Sunblock?

 #1. SUNSCREEN

Sunscreen ini sebenarnya berfungsi untuk mengurangkan jumlah kerosakan pada kulit kita yang disebabkan oleh radiasi ultra violet (UV). Sunscreen membantu untuk meresap hingga ke lapisan dermis dan mampu menghalang sinaran UVA yang boleh mengakibatkan kulit menjadi rosak. Dalam kata mudahnya, Sunscreen ini bertindak sebagai penapis sinar matahari.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan Sunscreen.

#2. SUNBLOCK

 

Lain pula ceritanya dengan Sunblock, ianya berfungsi untuk menghalang atau memantulkan sinaran cahaya matahari. Sebuah kajian menunjukkan bahawa orang di bawah usia 55 tahun yang menggunakan pelindung matahari mempunyai sebanyak 24% kurang peluang untuk mendapat tanda-tanda penuaan berbanding mereka yang tidak menggunakan Sunblock.

Sunblock juga membantu untuk melindungi kulit kita daripada terdedah kepada kanser kulit terutamanya ‘melanoma.’ Sunblock juga membantu melindungi kulit kita daripada sunburn.

 

#APA ITU SPF?

Sun Protection Factor atau nama singkatannya SPF untuk mengukur paras perlindungan UVB (ultraviolet Burning) sesuatu produk itu. Ia merujuk kepada kiraan berapa lama ianya boleh melindungi kulit dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepda kulit kita.

 

#CARA UNTUK MENGIRA SPF MENGIKUT WARNA KULIT ANDA

Kalau anda nak tahu, setiap warna kulit mempunyai tempoh masa yang tertentu untuk mengetahui berapa lama kulit kita boleh terdedah kepada cahaya matahari jika tidak menggunakan Sunblock atau pun Sunscreen.

BACA JUGA :   Keenakan Hidangan Di Bangladesh

Sebelum anda ingin membeli Sunscreen atau Sunblock selepas ini, pastikan anda mengetahui SPF yang bersesuaian dengan kulit dan kegunaan anda.

  • KULIT CERAH : 10 MINIT
  • KULIT KUNING LANGSAT : 15 MINIT
  • KULIT SAWO MATANG : 20 MINIT

(semakin gelap kulit seseorang itu, semakin kuat ia boleh bertahan di bawah cahaya matahari tanpa Sunscreen atau Sunblock kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi)

 CARA PENGIRAAN :

Contoh pengiraan untuk anda guna pakai :

Jika anda menggunakan SPF30 dan anda berkulit sawo matang, jadi pengiraannya akan jadi seperti ini :-

= 15 (SPF) x 20 (jenis kulit anda)

= 300 minit

Contoh kiraan di atas menunjukkan kulit anda boleh bertahan selama 300 minit (5 jam) jika menggunakan SPF15.

 

# PILIH PRODUK YANG DIPERCAYAI!

Siapa yang tidak mahu cantik kan? Semua orang mahukan kulit yang bebas masalah jerawat, jeragat, kanser kulit dan kulit menipis betul tak?

Jadi pastikan anda lebih bijak dalam memilih sesebuah produk Sunscreen dan Sunblock untuk kegunaan harian anda supaya anda tidak akan menerima kesan sampingan yang tidak diingini.

Jangan mudah terpedaya dengan ‘fake advertising strategy’ yang sering digunakan oleh syarikat-syarikat pengeluar produk kecantikan yang tidak bertauliah. Tidak payah pening-pening kepala, guna sahaja produk yang ada di drugstore.

 

# INGIN LUASKAN PENGETAHUAN ANDA?

Anda mempunyai minat dalam bidang perubatan? Nak tahu dengan lebih mendalam tentang bidang perubatan? Nak jadi ahli perubatan yang bertauliah dan tidak hanya memberikan pandangan di laman sosial sahaja? Kami tahu ke mana anda patut tuju impian anda itu!

 

#DAULAH EDUCONSULT PELUANG UNTUK ANDA BERADA DALAM BIDANG PERUBATAN!

Anda berminat untuk melangkah masuk ke universiti perubatan terkenal dunia? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult anda sudah selangkah untuk menjadi pelajar perubatan universiti terbaik dunia kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke sana serta turut menyediakan khidmat konsultan buat anda secara percuma.

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

BERMINAT?

Daulah Educonsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here