Mengantuk sering menjadi masalah kepada pelajar walaupun sudah 2 minggu bermulanya musim persekolahan. Terasa tidak bermaya dan mudah hilang fokus.

Mengantuk bukanlah perkara asing untuk pelajar atau pekerja. Bangun awal pagi selalunya menjadi alasan utama mengapa anda berasa cepat mengantuk. Sedangkan untuk menghilang rasa mengantuk bukanlah susah dan semudah ABC sahaja.

#1.  Jangan Tinggal Sarapan

Ktyj2ele oSarapan merupakan sumber yang memberi tenaga kepada kita untuk menjalankan kegiatan seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk bekerja mahupun ke sekolah. Mengantuk pada waktu pagi adalah akibat lapar.

Sarapan pagi adalah wajib dan anda tidak boleh skip sarapan. Menu untuk sarapan pagi janganlah makan makanan yang membuatkan anda terlampau kenyang. Bersarapanlah sekadar untuk mengalas perut dan jangan terlalu kenyang.

BACA JUGA :   Makanan Yang Membuatkan Anda Hilang Mengantuk Secepat Mungkin.

#2. Buat Regangan Badan

Qs3didfg o

Mengantuk terjadi apabila tubuh anda keletihan dan berada dalam keadaan statik tanpa ada pergerakan. Anda dinasihatkan supaya bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan kecil atau senaman rengangan badan.

Anda juga boleh meminta izin dengan guru anda untuk keluar ke tandas atau sekitar pejabat. Walaupun tujuan anda sebenarnya hanyalah untuk berjalan-jalan seketika bagi mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan.

#3. Sembang Dengan Rakan

Jgftgmqf oJika terlalu berdiam diri saja ia akan membuatkan anda lebih mengantuk. Cara terbaik untuk hilangkan mengantuk? Berborak dengan rakan sekelas atau rakan sekerja jika berpeluang. Jangan berborak benda yang tidak berfaedah.

Bercakap membuatkan otak anda kembali aktif. Tapi janganlah berborak di depan bos atau cikgu dan terlalu rancak sehingga melupakan terus kerja.

BACA JUGA :   5 Jenis Makanan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Dengan Cepat

#4. Tidur Yang Cukup

Izfglvhd o

Ini yang paling PENTING. Anda memerlukan tidur yang mencukupi pada malam sebelumnya. Jika kurang tidur, tubuh badan akan tidak bermaya dan lesu. Anda dinasihat untuk mendapatkan waktu tidur selama 8 jam dan tidur awal sekurang-kurangnya pada pukul 10 malam.

Disiplin diri dengan tidur awal dan tidak tidur pada waktu tengah malam kerana membuatkan anda terasa mengantuk pada awal pagi lagi.

#5. Basuh Muka

Gpf9abnp o

Anda dinasihatkan untuk membasuh muka dengan air. Pasti akan menyegarkan muka anda dan rasa mengantuk akan hilang. Sama ada membasuh wajah atau lap muka dengan tisu basah.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here