Berita baik buat anda yang masih bujang dan sedang mencari bilik sewa di ibu kota kerana DBKL baru sahaja mengumumkan bahawa anda yang bujang di luar sana akan boleh menyewa bilik sewa di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini dengan harga yang sangat rendah!

DBKL mengumumkan tentang projek bilik sewa ini yang akan banyak membantu individu yang masih bujang dalam kumpulan B40 yang sedang atau dalam kesukaran untuk mencari bilik sewa ketika bekerja di Kuala Lumpur bakal mendapat bilik sewa dengan harga serendah RM100 sebulan.

Inisiatif ini telah diperkenalkan oleh DBKL supaya golongan bujang B40 ini dapat menikmati kadar sewa bilik menerusi skim ‘micro-housing.’ Bilik sewa ini akan diambil konsepnya daripada ‘capsule hotel.’

Tapak pembinaan rumah ini difahamkan akan dilakukan di sebuah bangunan lama milik DBKL yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan bakal mempunyai dua blok yang akan dikhususkan untuk lelaki dan perempuan dengan jumlah bilik sebanyak 120 bilik setiap blok.

BACA JUGA :   Joker: Kenapa ramai orang keluar pawagam?

Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan turut menjelaskan bahawa dua blok bangunan bilik sewa ini boleh menampung sehingga 200 orang penghuni.

Difahamkan juga bahawa kerja-kerja pengubahsuaian sudah pun dilakukan sejak dua minggu yang lalu dengan diberikan peruntukkan sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta bagi projek bilik sewa bujang golongan B40 ini. Bilik sewa mampu milik ini boleh diduduki apabila ianya sudah siap untuk disewakan yang dijangka akan siap dalam pertengahan tahun ini.

Permohonan bilik sewa ini bakal dibuka kepada permohon dalam tempoh masa yang sesuai dan akan dilakukan secara ‘online’ menerusi iklan DBKL nanti.

Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan turut menambah bahawa buat masa ini pembinaan bilik sewa ‘micro-housing’ pertama ini akan difokuskan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dahulu dan mungkin akan diperluaskan lagi di kawasan lain sekitar ibu kota jika mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat.

BACA JUGA :   Belajar Sambil Melancong Di Kepulauan Indonesia

Penghuni bilik sewa ‘micro-housing’ ini akan dikehendaki berpindah sekiranya mereka berkahwin atau pun membeli rumah. Penghuni bangunan ini juga tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti memasak.

Peluang yang sangat baik untuk anda yang masih bujang di Kuala Lumpur untuk berjimat dengan bayaran bilik sewa hanya RM100 sahaja. Mana nak dapat bilik sewa semurah ini betul tak?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here