“Betul betul betul!”

Siapa yang tidak kenal dengan dua orang kembar comel berkepala botak ini yang setiap petang mencuit hati kita kan?

Kini selepas sepuluh tahun animasi kebangaan negara ini bakal tampil dengan sebuah lagi filem terbaru mereka selepas ‘Upin & Ipin The Movie : Geng Pengembaraan Bermula’ yang bakal menemui kita semua di pawagam pada cuti persekolahan Mac ini.

Filem terbaharu Upin & Ipin pada yang bertajuk ‘Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal’ ini bakal mengisahkan tentang kisah-kisah rakyat yang sering kita dengar dan baca semasa kecil seperti watak-watak dongeng popular seperti Pak Belalang, Mat Jenin, Bawang Merah dan Bawang Putih yang sudah sebati dengan kita.

BACA JUGA :   Ramai Orang Tertanya-tanya Siapa Lelaki Tua Yang Abang Acap Jumpa Ini

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini bakal membawa anda bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka ke sebuah pengembaran kerajaan dongeng yang diberi nama ‘Inderaloka’ seterusnya berjumpa dengan watak-watak cerita dogeng popular itu. Keris dijadikan sebagai tema utama filem Upin & Ipin pada kali ini selepas mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang mempunyai misteri tidak berbilah itu.

Tujuan utama kisah dongeng diangkat pada filem kali ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada generasi yang akan datang tentang watak-watak dongeng tempatan yang ada menerusi filem ini.

Difahamkan filem terbaharu ini menelan belanja sebanyak RM20 juta dan telah mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkannya dengan menggunakan kepakaran anak-anak tempatan yang turut bersama-sama menjayakan filem ini.

BACA JUGA :   Seronoknya Belajar di Maahad Buuth Al-Azhar. Memang Berbaloi.

Filem ini bakal menemui anda semua di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) seluruh negara pada 21 Mac ini yang kebetulan jatuhnya cuti persekolahan.

Apa yang lebih membanggakan lagi selain daripada mutu animasi dari Les’ Copaque yang tidak perlu disangkalkan lagi ini adalah filem ini turut akan menebus pasaran luar negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Taiwan, China dan Jepun!

Jadi jangan lupa tau untuk membawa anak-anak anda semua untuk menonton filem animasi tempatan ini pada cuti persekolahan nanti.

Saksikan juga official trailer Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal :

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here