Kadar tarif air kemungkinan akan dinaikkan demi menstruktur semula industri secara berperingkat tahun ini.Salah satu usaha kerajaan dalam memberi kualiti.
Menurut Dr A Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengatakan bahawa kenaikan tarif air adalah bersebab. Ia perlu dilaksanakan demi menjaga kepetingan pengguna untuk mendapatkan air yang berkualiti. Seterusnya, dapat menjamin industri berkenaan daripada sudut perkhidmatan.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kenaikan tarif air ini tidak akan pernah membebankan dan menyusahkan rakyat. Katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.
Beliau akan berunding dengan semua kerajaan negeri. Malahan, kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa negeri. Rundingan ini dijalankan untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan
Semasa pertemuan beliau telah mengemukakan “business plan” kepada kerajaan negeri dalam mencapai kata sepakat. Buat masa ini semuanya masih dalam proses perbincangan di antara kedua-dua belah pihak. Setakat ini menunjukkan tanda-tanda positif kerana ada tanda menunjukkan kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air.
Kenaikan taraf air untuk memberi jaminan bahawa air akan lebih berkualiti dan tiada lagi masalah kekotoran atau air tercemar. Kenaikan tarif air pasti membuat rakyat risau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Semuanya masih dalam proses perbincangan lagi dan rakyat seharusya peka dengan situasi semasa dan tidak cepat melatah.
Kenaikan kadar tarif air ini masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza. Namun begitu, pengumuman kenaikan tarif air di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak mengambil peduli suara rakyat selama ini.
Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Norhiesam Ismail berkata bahawa sudah pasti rakyat akan kecewa kerana rakyat sedang bergelut dengan kos barangan yang semakin meningkat sejak cukai jualan dan khidmat SST dilaksanakan.
” Dengan pelaksanaan SST dan bantuan kerajaan BN dimansuh dan dikurangkan, kini kerajaan akan menambahkan bebanan rakyat dengan menaikkan kadar tarif air”katanya dalam kenyataan.