Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi juga merupakan bencana alam utama yang yang berlaku diseluruh dunia terutama negara-negara yang berada dilingkaran api Pasifik seperti di Indonesia dan Jepun.

Malaysia tidak terletak di lingkaran api Pasifik yang secara umumnya terhindar daripada gempa bumi yang besar. Namun, ini tidak bermakna ia tidak akan menimpa kita.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi seperti yang disediakan oleh MetMalaysia.

 

SEMASA GEMPA BUMI

Jika anda di dalam bangunan :

  • Terus kekal berada di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja yang kukuh atau tempatkan diri di ambang pintu atau satu sudut.
  • Jauhkan diri dari tingkap, rak buku, kabinet, cermin, pasu bunga yang bergantungan dan objek berat yang boleh menggelongsor atau terjatuh.
  • Jangan menggunakan lilin, mancis dan sebarang punca bahan api yang lain kerana bermungkinan kebocoran gas berlaku semasa bencana. Padam kan semua bahan api.
BACA JUGA :   Sampel COVID-19 Yang Tertunggak Menyebabkan Peningkatan Kes di Sabah.

Jika anda berada di dalam bangunan tinggi :

  • Jangan keluar secara tergesa-gesa.
  • Jangan gunakan lif kerana kemungkinan bekalan elektrik akan terputus.
  • Terus kekal berada di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Jika anda di luar bangunan :

  • Bergerak ke kawasan terbuka. Jauhi diri dari talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
  • Jauhkan diri dari serpihan yang jatuh di luar pintu dan dinding sebelah luar.
  • Jauhkan diri dari talian elektrik yang jatuh.
  • Terus kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

 

Jika anda di dalam kereta yang bergerak :

  • Berhentikan kereta dengan segera di kawasan yang dirasakan selamat. Jangan berhenti di atas atau bawah jambatan atau lingkaran atau rentangan kabel elektrik.
  • Terus kekal berada di dalam kereta hingga gegaran berhenti.
BACA JUGA :   XX Ray III: Kelemahan Awal Yang Akan Spoilkan Filem?

 

SELEPAS GEMPA BUMI

  • Dengar radio atau televisyen untuk mendapatkan maklumat kecemasan terkini. Jika bekalan elektrik terputus, gunakan radio berkuasa bateri.
  • Bertenang dan nilaikan situasi semasa. Bersedia sekiranya berlaku “gegaran susulan”.
  • Jangan makan atau minum sebarangan dengan menggunakan bekas-bekas  yang telah remuk.
  • Jangan gunakan telefon kecuali untuk membuat panggilan kecemasan (perubatan, kebakaran dan jenayah).
  • Keluar dari bangunan yang rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya.
  • Bekerjasama dengan pihak keselamatan awam. Jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali untuk memberi bantuan. Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kecemasan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here