Jika sebelum ini, sebuah perjanjian telah ditandatangani menegenai memorandum persefahaman (MoU). Memorandum ini melibatkan antara kerajaan negeri dan Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) bagi penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Kejohanan ini dijangka akan berlangsung pada 29 Julai 201 sehingga Ogos 2019.

Dokumen MoU itu telah ditandangani oleh Setiausaha Tetap Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan di sebuah hotel tahu lalu.

Terbaru, kerajaan telah menyatakan pendirian mereka dengan tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Realisasikan Impian Pelajar Malaysia Untuk Ikuti Jurusan Perubatan, Pergigian & Farmasi Di Mesir

Beliau mengulas sekiranya skuad Israel itu masih berdegil dan ingin memasuki Malaysia, mereka bakal berhadapan dengan tindakan yang selanjutnya. Beliau berkata bahawa ianya akan menjadi satu kesalahan jika mereka masih bertegas dan akan dikenakan tindakan yang selanjutnya.

“Jika mereka menarik semula hak penganjuran kejohanan dari Malaysia sekali pun, mereka boleh berbuat demikian,” katanya dalam sebuah sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) 1/2019 di Putrajaya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

BACA JUGA :   Aplikasi COVIDSafe untuk warga Australia

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selaku penganjur kejohanan berkenaan turut dilaporkan berdepan situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ ekoran larangan terhadap atlet Israel daripada menyertai pertandingan itu.

Semalam Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Julai ini.

Tindakan ini pastinya dipersetujui oleh semua pihak. Berikutan daripada itu sebagai salah satu bantahan ke atas penindasan rakyat Palestin.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here