LELAKI maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang ke tengah jalan di Kilometer 2, Jalan Chemumar, Simpang Ampat, Kangar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Khamis, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Shahrizal Wahid, 35 tahun maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah. Anaknya, Nur Khazreena Syamimi, 3 tahun yang menunggang bersama mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, kemalangan disyaki berpunca akibat dihempap pokok tumbang dari arah sebelah kiri, sebelum mangsa terbabas dan jatuh di tengah-tengah jalan.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati ketika kejadian cuaca berada dalam keadaan baik dan keadaan jalan juga kering,” katanya

BACA JUGA :   PELUMBA CUB PRIX: MOHD NOR AZMAN MAUT

Wari berkata, anak perempuan mangsa mengalami luka di muka, tangan dan kaki berikutan kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, (HTF) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, manakala anak perempuannya dirawat sebagai pesakit luar.

Sementara itu, di perkarangan Jabatan Forensik HTF, ahli keluarga dan sahabat mangsa hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Ahli keluarga mangsa enggan ditemubual kerana masih bersedih atas permergian mangsa.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here