Sebagai ibu bapa yang prihatin, pastinya anda ada menyimpan bekalan atau stok ubat di rumah. Maklumlah, bayi atau kanak-kanak ini senang jatuh sakit.

Namun, pastinya ada antara ibu bapa yang masih keliru atau tidak tahu tentang cara penyimpanan ubat yang betul di rumah. Ada ibu bapa yang suka menyimpan ubat untuk jangka masa yang agak lama selagi keadaan ubat tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan warna atau bau.

Ibu bapa patut tahu tentang cara penyimpanan ubat yang betul supaya tidak menjejaskan kesihatan anak-anak. Fahmi Hassan, seorang pegawai farmasi berkongsi tentang cara penyimpanan ubat yang betul di rumah.

TEMPOH SIMPAN UBAT

Orang awam sering bertanyakan berapa lama ubat-ubatan boleh disimpan di rumah. Walaupun ia nampak mudah, tetapi sebenarnya ia memerlukan penjelasan dan penerangan yang terperinci kerana adanya beberapa keadaan yang menyebabkan tarikh luput sesuatu ubat-ubatan berubah.

Secara amnya, ubat-ubatan di dalam bekas asal (sama ada blister tablet atau botol yang belum dibuka) akan berada dalam kondisi yang baik sehingga tarikh luput ubat jika ia disimpan mengikut aturan yang ditetapkan pengilang.

PANDUAN UMUM CARA MENYIMPAN UBAT DENGAN BETUL

  1. Baca label pada bungkusan ubat dengan teliti.
  2. Jika perlu disimpan pada suhu bilik, simpan di tempat redup dan kering (15-30 darjah Celsius).
  3. Sekiranya perlu disimpan pada suhu 2-8 darjah celcius, simpan di dalam peti sejuk (bukan di ruangan sejuk beku).
  4. Simpan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
  5. Elakkan dari menyimpan ubat yang terdedah dengan sinaran matahari secara langsung.
  6. Jangan simpan ubat di dalam kereta.
  7. Asingkan ubat makan dan ubat minum dengan ubat kegunaan luaran.
BACA JUGA :   Universiti Zagazig Menawarkan Bidang Farmasi

PENYIMPANAN UBAT YANG TELAH DIBUKA

Ada ubat yang mempunyai tarikh luput sendiri setelah dibuka. Biasanya ia diperoleh dari melalui label ubat-ubatan. Seperti contoh, ada ubat yang berlabel ‘discard 30 days after opening’ yang bermaksud buang ubat selepas 30 hari botol dibuka. Bagi ubat-ubatan yang berlabel seperti ini, tarikh luputnya jelas.

Tetapi ada banyak ubat yang tidak jelas tarikh luputnya atau tempoh ketahanannya. Namun, orang ramai dinasihatkan supaya membuang saki-baki ubat-ubatan terutamanya di dalam bentuk sirap yang telah dibuka.

Jangan simpan ubat-ubatan tersebut di dalam peti sejuk dan beranggapan bahawa ia akan tahan lebih lama. Penyimpanan pada suhu dan keadaan yang tidak sesuai akan menyebabkan stabiliti ubat berubah.

BACA JUGA :   Sobia pada Bulan Ramadhan di Negara Timur Tengah

Ingin menjadi ahli farmasi yang bertauliah? Anda pastinya dapat merealisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult dengan menyambung pengajian anda ke luar negara dalam bidang farmasi.

PERKARA YANG PERLU DITITIKBERATKAN

  1. Tarikh luput produk seperti yang tertulis pada label perlulah dipatuhi terlebih dahulu.
  2. Cara simpanan ubat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan bagi setiap jenis produk.
  3. Periksa, bau, warna, keadaan fizikal dan rasa ubat. Sekiranya berubah, buang ubat tersebut.
  4. Tulis atau catat tarikh ubat dibuka.

Ini kerana apabila penutup sudah dibuka, udara luar yang mengandungi bakteria, wap air, fungus akan masuk ke dalam botol dan menyebabkan bakteria merebak dan merosakkan bahan aktif di dalam ubat.

Apa itu Daulah Educonsult?

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi berpengalaman yang menguruskan pelajar ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Daulah Educonsult turut menawarkan konsultasi secara percuma. Anda tidak perlu risau kerana mampu menyambung pengajian ke luar negara di negara-negara terpilih seperti Poland, Mesir, Turki, Bangladesh, Rusia dan Indonesia.

Jika anda berminat dan inginkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Daulah Educonsult di talian (019-943 949) atau mengisi borang di Google Form https://docs.google.com/forms/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here