Cuaca sejuk yang menimpa Eropah dan Amerika Syarikat menjadi tumpuan dan bahan bualan di kebanyakan platform di media sosial.
Percaya atau tidak, musim sejuk yang melanda Eropah dan Amerika Syarikat telah menyebabkan keajaiban air terjun ikonik Niagara Falls yang turut mula membeku.
Fenomena alam yang ajaib itu menjadi tarikan para pelancong yang berkongsi foto-foto Niagara Falls beku di media sosial, selain video yang turut merakam air terjun yang berada di wilayah Ontario Kanada dengan New York, Amerika Syarikat Nampak penuh.
Pokok-pokok dan tumbuhan di sekeliling pula turut membeku dan diselaputi salji putih.
Sungai dan air terjun yang berlapis dengan ais yang berketinggian 176 kaki itu kelihatan seperti benar-benar beku, namun sebenarnya tidak.
Pembantu professor Jabatan Geografi di Buffalo University, Stuart M. Evans menjelaskan bahawa arus Air Terjun Niagara sangat deras, dan tidak mungkin beku sepenuhnya.
Dia menjelaskan sesuatu yang bergerak jatuh dengan laju sukar untuk membeku. Pengelola Niagara Falls turut menafikan bahawa air terjun tersebut beku dan air terjun masih mengalir seperti biasa.
Air terjun masih tetap mengalir walaupun permukaan air dan kabus di udara mula berubah menjadi ais.
Turut difahamkan, dasar sungai berkenaan turut mula membeku akibat suhu yang jatuh menjunam.
Cuaca yang dingin dan rendah telah menyebabkan kawasan-kawasan tertentu di Niagara Falls mempunyai penumpukan ais yang boleh mencapai ketebalan lebih daripada 40 kaki.
FAKTA MENARIK NIAGARA FALLS YANG MEMBEKU
- Suhu di sekitar Niagara Falls pada malam tahun baru dilaporkan mencapai -13 darjah celcius, setanding dengan penyejukbeku peti ais yang mampu membekukan makanan dan minuman.
- Air terjun membeku disebabkan oleh cuaca Kutub Utara yang singgah di negara-negara di bahagian utara seperti yang dilaporkan oleh jabatan meteorologi tempatan.
- Pokok-pokok serta tumbuhan juga membeku. Fenomena ini menarik perhatian para pelancong yang mengatakan bahawa fenomena itu ajaib, seperti pokok yang dilapisi gula.
- Pelancong tetap datang melawat walaupun cuaca ekstrim. Para pelancong berterusan datang melihat Niagara Falls walaupun cuaca yang membeku. Pelancong yang melawat datang dari beberapa negara seperti New Jersey, Virginia, dan California, malah ada juga yang dari Australia dan China.
Mereka yang datang mengatakan bahawa fenomena ini sebagai sesuatu yang luar biasa dan ajaib.