Sebuah tandas awam di Terangganu telah diiktiraf sebagai tandas awam yang terbaik di Asia. Betul. Anda tak salah baca atau tengok. Salah sebuah tandas awam di Malaysia diiktiraf sebagai tandas terbaik. Kat Asia lagi tu!

Tandas tersebut terletak di berdekatan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Rantau Abang, Terengganu. ini mnejadikan tandas ini merupakan satu-satunya tandas awam yang terletak di pantai timur dan di Malaysia yang menerima pengiktirafan ini.

Tapi siapa yang mengiktiraf ni?

Pengiktirafan ini merupakan Anugerah Standard Tandas Awam Asia 2019-2021 bersempena Forum Pelancongan Asia yang diadakan di bandaraya Ha Long, Vietnam minggu lalu.

Berita yang amat mengejutkan hampir semua orang Malaysia tahu macam mana keadaannya sebahagian tandas awam lagi-lagi kalau di premis kerajaan. kotor dan ada yang jarang diselenggara.

Bersih, Wangi, dan Mesra Pengguna.

Antara kriteria yang membolehkan tandas awam di rantau Abang itu menerima anugerah itu adalah seperti bersih, wangi, mesra pengguna serta diserikan lagi dengan landskap yang dibina bagi mencantikkan lagi suasana tandas tersebut.

BACA JUGA :   Ini Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Passport Hilang Ketika Travel Di Luar Negara

 

Selain daripada tandas di Rantau Abang ini, ada lagi 3 buah tandas awam yang menerima anugerah yang sama iaitu tandas awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Restoran Foh San, Perak, Masjid Cina Melaka dan Plaza Merdeka, Sarawak.

 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Lizan Che Mat berkata, pengiktirafan yang telah diterima ini merupakan penghormatan kepada seluruh penduduk dan juga buat kesemua tenga kerja MPD yang telah berusaha bagi memboleh ia dicapai.

“Tandas Awam Rantau Abang sememangnya mendapat perhatian utama MPD kerana ia berada di lokasi pelancongan negeri yang sangat dikenali sebagai tempat pendaratan penyu.

“Tandas ini boleh dikatakan lengkap dan sesuai untuk dijadikan hentian pengunjung dekat dan jauh kerana turut mempunyai bilik mandi, tempat rehat dan ditambah pula dengan keindahan landskap yang dibina di sekitarnya,”

Sebelum ini, tandas yang sama juga telah menerima anugerah lain seperti johan Pertandingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang 2016 dan Anugerah Perak kategori Tandas Awam milik PBT (Bandaraya/ Perbandaran) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2016 dan 2018.

BACA JUGA :   11 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti Di Krabi, Thailand

Bunga Rampai Jadi Rahsia

Kalau diikutkan penjaga bagitandas tersebut, dia hanya menggunakan bunga rampai sebagai pewangi untuk diletakkan di dalam tandas untuk mewangikannya dan menyerap sebarang bauan yang tidak menyenangkan.

Daun pandan yang digunakan untuk membuat bunga rampai ini ditanam di sekitar tandas tersebut juga.

“Rata- rata orang ramai sukakan aroma daun pandan yang harum tetapi tidak menyakitkan hidung seperti pewangi yang dibeli di kedai. Adakalanya mereka (pengunjung) sempat meminta sedikit (daun pandan) untuk diletakkan di dalam kereta,”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here