BSH Mula dibayar Hari Ini. Bayaran Terus ke Akaun Bank.

0
669

BSH atau Bantuan Sara Hidup kepada rakyat 2019 untuk fasa pertama akan dilaksanakan pada hari ini. Masih menggunakan pangkalan data dan kaedah yang lama.

Menurut Lim Guang Eng yang juga Menteri Kewangan Malaysia kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data yang lama walaupun ada individu yang bukan golongan B40. Kemungkinan juga akan ada nama penerima yang tidak layak bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum bulan depan.

Ltokkokl o

Bahkan, Kerajaan terkini iaitu Kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan BSH pada Bajet 2019 lalu bagi membantu ekonomi rakyat dalam golongan B40. Bantuan ini diperkenalkan bagi mengantikan bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Bantuan ini hanyalah untuk golongan yang betul-betul susah dan dalam kalangan B40. Tiada lagi bantuan yang diberikan kepada golongan bujang seperti mana bantuan BR1M. Bantuan kali ini hanya untuk orang yang sudah berkeluarga sahaja.

BACA JUGA :   Kerajaan: “MRT3 Hanya Ditangguhkan, Bukan Dibatalkan…”

Uoapuoxj o

Selain itu, untuk membuat data yang baru bukanlah mudah dan memerlukan tempoh jangka masa yang panjang. Hal ini memandangkan untuk mengeluarkan nama penerima yang tidak layak dan bukan daripada golongan B40.

Selesai sahaja pangkalan data yang dikemaskini segala baki bayaran BSH akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga menggunakan kaedah baharu seperti mana dalam Bajet 2019.

Dqpd75fk o

Pembayaran BSH 2019 untuk fasa pertama kepada 4.1 juta isi rumah adalah sebanyak RM300 kepada satu keluarga. Proses pembayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion. Pembayaran kali ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.

Beliau juga berkata proses mengemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH pada fasa kedua dan ketiga iaitu selaras dengan penambahbaikan program BSH.

5uf6rdmn o

Kriteria pembayaran dan kaedah terbaru akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat selepas sahaja pembayaran fasa pertama. Kerajaan akan meneruskan program BSH. Bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.

BACA JUGA :   Guan Eng Teruk Dikecam Kerana Ambil ‘Peduli’ Tentang Nasib Rakyat Palestin

Dengan ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa mengambil berat tentang rakyatnya. Kerajaan akan sentiasa membantu rakyat yang dalam golongan B40.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here