Kecoh hujung minggu rakyat Malaysia apabila video gelagat seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tular di media sosial. Gelagat tidak senonoh itu dikatakan berlaku di tengah bandar Batu Pahat hingga ke Kluang, Johor.

Pihak polis sedang giat mengesan lelaki tersebut dan menjalankan siasatan tentang kejadian yang menggemparkan penduduk di situ.

Berikutan hal itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata, polis meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Kalau lelaki tersebut normal, maka lelaki tersebut boleh dikenakan tindakan kerana berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu ketenteraman awam.

BACA JUGA :   Motosikal Untuk Aktiviti Lasak. Lebih Bergaya dan Maskulin.

Gelagat lelaki tersebut yang menunggang motosikal sambil berbogel tetapi tetap mengenakan topi keledar keselamatan telah menjadi perhatian orang awam yang juga menggunakan jalan raya tersebut, lantas mengambil gambar malah merekod video gelagatnya.

Katanya beberapa orang awam yang terkejut melihat aksi lelaki tersebut berbogel telah menegur tindakannya berbogel malah menasihatinya untuk pulang dan memakai pakaian.

Namun, lelaki tersebut hanya tersenyum dan melambai-lambai tangan ke arah mereka tanpa rasa bersalah.

Lelaki tersebut dipercayai telah menunggang motosikal sejauh 50 kilometer tanpa seurat benang hingga ke Kluang. Orang awam turut membunyikan hon kepadanya kerana berkeadaan begitu.

Apa yang menariknya, lelaki tersebut tetap bertopi keledar dan berselipar semasa menunggang motosikal. Bogel-bogel jugak, peraturan kena ikut.

BACA JUGA :   Masa Kerja Adalah Fleksibel Jika Menjadi Safer Delivery Partner Atau Driver!

 

Apalah agaknya yang difikirkan oleh lelaki tersebut sehingga bertindak sedemikian. Kalau betul dia tak normal, pihak terbabit perlu memantau keadaannya dan sebolehnya melarang lelaki tersebut menunggang motosikal pada masa akan datang.

Pelik-pelik betul orang Malaysia sekarang ni.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here