Pakar buah pinggang yang ‘famous’ di laman Twitter, Dr. Rafidah Abdullah telah memberi panduan khas yang telah dikeluarkan oleh KKM kepada selebriti dan ‘instafamous’ yang membuat servis ‘review’ produk-produk di pasaran.

Dr. Rafidah mengharapkan agar semua selebriti dan ‘instafamous’ ini tahu tatacara yang betul dan tidak memberikan alasan yang tidak munasabah ketika membuat ‘review’ produk.

Tujuan panduan yang dikeluarkan kepada selebriti dalam pengiklanan produk kesihatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan selebriti yang sering berperanan sebagai individu yang mengiklankan atau mempromosi produk kesihatan kepada orang awam.

Panduan ini selari dengan Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam dan Akta Pengiklanan Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 yang dikuatkuasakan. Ia adalah untuk mengawal selia kandungan pengiklanan; iklan adalah benar dan tidak menjejaskan atau melanggar norma-norma sosial.

Ia juga bertujuan untuk melindungi kesihatan awam dengan menggalakkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan memastikan bahawa pengiklanan adalah jujur berkenaan manfaat, kegunaan dan kesan ubat, serta mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

Dr. Rafidah menegaskan agar selebriti dan ‘instafamous’ ini tidak sesekali menyebut atau menggunakan perkataan buah pinggang dalam review mereka.

BACA JUGA :   YB Syed Saddiq Kena Troll Lagi!

Ini kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mempengaruhi pengguna-pengguna dan ramai yang telah dimasukkan ke hospital kerana percaya dengan golongan yang berpengaruh berkenaan.

Bidang tersebut adalah kepakaran beliau dan rakan-rakan, maka Dr. Rafidah dan rakan-rakannya tidak membenarkan sesiapa pun mengatakan bahawa produk mereka selamat untuk buah pinggang.

Beliau turut menegaskan kepada pesakit yang terkena komplikasi untuk menyimpan bukti dan memaklumkan kepada doktor yang merawat untuk menghubungi beliau dan menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit.

INGIN MENJADI AHLI PERUBATAN?

Anda berminat untuk berada dalam bidang perubatan untuk menjadi seorang doktor atAU ahli farmasi kerana berminat dengan kerjaya dalam bidang perubatan?

Anda berimpian untuk menjadi ahli perubatan? Tetapi masih tercari-cari tempat pengajian yang menawarkan bidang perubatan atau farmasi di universiti-universiti terbaik?

Daulah Educonsult adalah jawapan kepada persoalan anda itu!

 

 

Berikut merupakan antara larangan pengiklanan produk yang berkaitan dengan 20 jenis penyakit yang dilarang adalah:

  1. Penyakit/kerosakan buah pinggang
  2. Penyakit/kerosakan jantung
  3. Kencing manis
  4. Sawan
  5. Lumpuh
  6. Batuk kering
  7. Asma/lelah
  8. Kusta
  9. Barah
  10. Pekak

Pengiklanan yang tidak dibenarkan yang menjurus kepada amalan kontrasepsi dalam kalangan manusia, memperbaiki keadaan atau fungsi buah pinggang atau jantung manusia, memperbaiki fungsi seksual atau prestasi seksual manusia.

BACA JUGA :   Amalan Terbaik Untuk Anda Jauh Daripada Gangguan Mistik.

Panduan yang dikeluarkan ini turut menyediakan keperluan kelulusan iklan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU) serta panduan bagi pengiklanan produk kesihatan secara bertanggungjawab oleh selebriti atau ‘instafamous’, malah turut menyertakan maklumat-maklumat untuk rujukan lanjut yang boleh dihubungi.

Semoga para selebriti dan ‘instafamous’ ini lebih bertanggungjawab terhadap sebarang iklan atau ‘review’ berkenaan produk-produk kesihatan yang dikeluarkan.

 

SAMBUNG BELAJAR BIDANG PERUBATAN BERSAMA EDUCONSULT SDN. BHD.

Anda berminat untuk menjadi bakal graduan bidang perubatan? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.

Daulah Educonsult Sdn. Bhd. merupakan agensi pengurusan pelajar-pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://docs.google.com/forms/) atau hubungi konsultan kami di (019-943 949).

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here