Mercun tidak boleh dijual dan diharamkan walau bunga api sekalipun. Kegiatan orang ramai yang mengambil kesempatan apabila tibanya musim perayaan.

Sesiapa yang ditangkap menjual mercun dan bunga api akan diambil tindakan. Pengharaman penjualan mercun dan bunga api adalah disebabkan faktor keselamatan. Sudah banyak kes yang berlaku disebabkan mercun. Ramai yang menjadi mangsa terutamanya kanak-kanak.

Va2feila o

PIhak Unit Risikan Sempadan Pasukan Gerakan AM (PGA) Batalion 7 Kuantan telah melakukan serbuan. Serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam berkenaan penjualan mercun. Serbuan itu telah dilakukan pada jam 7.15 malam seramai danĀ  seramai 15 anggota yang terlibat.

Hasil serbuan itu seorang warga emas yang berusia 72 tahun telah ditangkap. Warga emas itu ditahan bersama bunga api dan mercun yang pelbagai jenis. Mercun itu dianggarkan bernilai RM30 000 di hadapan rumah di Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang.

Qgyiiy2x o

Menurut Superintendan Ismail Jusoh yang juga merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas sememangnya penjualan mercun tidak dibenarkan. Ketika serbuan juga suspek sedang mengisi bahan letupan itu ke dalam sebuah kenderaan.

BACA JUGA :   Nelayan Jumpa Bayi Dalam Beg Galas di Tengah Sungai

Kenderaan jenis Toyota Land Cruiser digunakan oleh suspek. Malahan hanya suspek seorang sahaja yang berada ketika itu. Suspek ditangkap tanpa sempat melarikan diri. Lebih megejutkan suspek seorang warga emas.

Jnxvilja o

Hasil pemeriksaan Pasukan Gerakan AM menemui sebnayak 44 kotak dan lima guni yang mengandungi mercun pelbagai jenis. Menjual mercun sememangnya akan dapat pulangan modal yang besar. Tetapi keuntungan juga tidak berbaloi jika ditangkap

Semua bahan letupan mudah untuk diseludup masuk kerana mempunyai pembekal dan permintaan yang tinggi. Semua bahan letupan ini diseludup masuk dari negara jiran untuk dijual dalam pasaran tempatan. Sudah menjadi trend apabila setiap kali perayaan bahan letupan akan dijual.

BACA JUGA :   Darjah Kebesaran Dua Datuk Paduka Ditarik Balik Oleh Sultan Kelantan

Ltyvukdr o

Suspek juga tidak serik untuk melakukan jenayah yang sama. Selama ini suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes yang sama juga. Suspek kali ini akan direman selama empat hari dari tarikh ditangkap.

Dibebaskan dengan jaminan polis sementara waktu menunggu perbicaraan lanjut. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. Jika terbukti bersalah akan dipenjara tujuh tahun atau denda RM10 000 atau kedua-duanya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here