Anda ingin menyambung pengajian di Rusia dalam bidang perubatan? Tapi, risau susah nak dapat makanan hal di Rusia?
Anda jangan tidak tahu, Rusia sekarang sudah menjadi salah sebuah negara yang semakin banyak mempromosikan makanan halal kerana peningkatan pelajar Muslim ke negara tersebut.
JOM SAMBUNG PENGAJIAN KE RUSIA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT
Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.
Dengan perasmian ‘Halal Friendly’ yang berada berdekatan Bakhetle, ia telah menarik minat pelabur-pelabur asing untuk memasarkan produk-produk halal mereka dalam industri halal.
Anda boleh sambung belajar di Rusia tanpa risau mengenai makanan halal di sana.
Gerai-gerai makanan halal di Rusia semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jom kita tengok apa yang ada!
- Gerai Doner Kebab
Doner Kebab terletak di Metro Fruzenskaya ini merupakan gerai halal yang menjual ‘Shawarma’, roti Arab yang diisi dengan daging ayam, sayur serta sos masam. Harga satu ‘Shawarma’ ini juga berpatutan. Pelajar-pelajar boleh membuat pilihan untuk membeli di sini ketika dalam perjalanan ke kelas.
- от души (ot dushi) (From Souls)
Gerai makanan ini terletak di Metro Sportinaya dan ia menyediakan pelbagai juadah makanan. Di sini anda boleh mendapatkan Plov, hidangan nasi yang sedikit manis, bersama ayam panggang, sup daging lembu, salad sayur serta buah. Lagman, Sosiski, Samsa, Pizza, Shawarma serta banyak lagi turut dijual. Harga di gerai ini juga berpatutan dan layanan yang baik dari pekerja di sana.
- Артык Ажы (Artik Aji)
Gerai makanan halal ini menyediakan pelbagai hidangan yang menarik seperti Plov Uzbek, nasi putih dengan Kotleta Ayam, sup Cuchvara bersama roti serta Chai (teh)
- Anda juga boleh mencuba Tubatay francais fast food halal terbesar di Rusia, iaitu lebih dari 40 unit gerai. Antara menu yang disediakan ialah roti pelbagai isi atau inti, termasuk ayam, kentang, daging lembu, kambing dan sayur-sayuran.
- Masjid Prospekt Mira
Jika anda teringin mencuba makanan halal yang murah dan dalam bajet anda sekitar RM25-30, anda boleh ke masjid Prospekt Mira yang terletak di Metro Prospeskt Mira. Di kawasan masjid Prospekt Mira terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan dari sup lembu (Syurpa), Kotlet Daging (Kotleti), Roti arab (Lavash) dan juga Plov (Nasi beriani versi tatar)
BELAJAR DI RUSIA DENGAN DAULAH EDUCONSULT
Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu berebut tempat untuk belajar ke luar negara kerana Daulah Educonsult adalah agensi yang membantu anda menguruskan pengajian ke luar negara dan anda telahpun mendapat tempat ke universiti yang anda inginkan serta sesi konsultasi secara percuma!
BERMINAT?
Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk menjadi doktor gigi atau dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://docs.google.com/forms/) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.