KUALA LUMPUR, 7 Februari 2019- Seorang wanita warga emas kerugian RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki ketika sedang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Setapak, semalam.

​​​​​Dalam kejadian kira-kira 6.20 pagi itu, ​mangsa berusia 65 tahun menyedari beg tangan yang diletakkan di hadapannya dicuri setelah mendengar jeritan rakannya sebelum bertindak mengejar lelaki itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Muhammad Najib Hamzah, berkata mangsa bersama beberapa jemaah kemudian cuba mengejar suspek, namun lelaki itu berjaya meloloskan diri.

“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek masuk melalui pintu tepi ruangan solat wanita,” kata DSP Muhammad Najib. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumah diminta menyampaikannya kepada pihak polis.

BACA JUGA :   Fitrah Al Hajj Menjadi Pilihan Ramai Kerana Menyediakan Variasi Kelengkapan Untuk Ibadah Solat, Haji dan Umrah Dengan Harga Yang Cukup Berbaloi-Baloi

Rakaman CCTV 46 saat yang memaparkan suspek memasuki dari pintu ruangan solat wanita dan mengambil beg tangan wanita ketika mangsa bersama jemaah lain sedang sujud kini tersebar luas di wadah media sosial.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here