Darul Wardah adalah pusat perlindungan kepada golongan wanita. Pusat kebajikan ini menjaga wanita yang mempunyai masalah dalam kehidupan.

Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA) terletak di Klang. Darul Wardah mula beroperasi sepenuhnya pada 01 September 2008 dan bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor.

Mungkin anda tidak tahu bahawa Penubuhan Rumah Darul Wardah ini adalah tempat perlindungan sementara kepada mana-mana wanita yang teraniaya, mangsa dera dan lain-lain keadaan yang difikirkan sesuai.

Xopyhgkc o

Selain itu, Darul Wardah juga menjalankan kerja-kerja pemulihan seperti terlibat dengan gerak kerja pencegahan tentang bahayanya zina, arak dan dadah. Sudah sebelas tahun dalam persada dakwah, Darul Wardah telah menyantuni ribuan ibu bapa, remaja di sekolah, IPT, Agensi Kerajaan, Swasta, Masjid, Surau dan lain-lain lagi.

BACA JUGA :   Jelajah Bicara Cinta: Kempen Say No 2 Zina, Arak dan Dadah

Program pembangunan Modal Insan, program Keluarga MARHAMAH, Bahagia Menjadi Gadis, AN Nur dan kursus asas kauseling telah dijalankan diseluruh negara.

Ve1q9ly8 o

Darul Wardah juga pernah dinobatkan sebagai rumah pemulihan terbaik MAIS 2016. Kami menyeru, Ayuh! Marilah kita bersama-sama membantu dan melakukan agenda perubahan Khyra Ummah.

Pihak Darul Wardah akan mengadakan satu Majlis Hi-Tea Amal bagi mengumpul dana pembangunan KDU yang dianggarkan berjumlah RM17.5 Juta.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Puan Masdiana Muhamad iaitu isteri kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Kedatangan para kehormat amat dialu-alukan.

9rh8mh1a o

Bayaran boleh dibuat kepada akaun Darul Ummah iaitu Bank CIMB 860 254 5101 serta bukti resit pembayaran perlu dihantarkan kepada Pn Norhidayah Sumairi di norhidayahsumairi@gmail.com atau di talian 019 363 6394.

BACA JUGA :   PENTING! Panduan Betul Memakai Minyak Wangi

Sebarang maklumat lanjut atau sebarang persoalan mengenai majlis Hi-Tea ini bolehlah hubungi

Prof Dr Nor Zuraida 019 380 1273 atau Puan Aishah pada talian 013 205 8813.

1ns8e4h1 o

Mereka juga amat mengalu-alukan para dermawan untuk menginfakkan sebahagian dari harta anda bagi menyuburkan kerja-kerja dakwah di Negeri Selangor.

Sumbangan dana yang diperlukan sebanyak RM30 000 adalah untuk pengurusan, penyelenggaraan, kebajikan dan pengendalian program serta aktiviti selama setahun. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi di sini.

Mereka juga amat mengalu-alukan kepada para dermawan dan hartawan budiman untuk menyumbang saham akhirat ini. Sumbangan boleh dilakukan seperti di bawah.

 PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR

Nama Bank: Maybank

No Akaun: 5627 7695 8914

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here