Seorang pemilik anjing ditahan kerana didakwa telah mengheret seekor anjing pada kenderannya dalam kejadian di Jalan Kota, pada Ahad malam lalu.

Kejadian tersebut yang tular di media sosial, menyaksikan anjing tersebut dilihat tergantung pada sisi kenderaan dan telah diseret di sepanjang jalan.

Pengadu yang melihat kejadian tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Pokok Assam, semalam, setelah rakaman video tersebut menjadi ‘viral’.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 3.45 petang Ahad apabila pengadu menerima satu rakaman video menerusi laman sosial WeChat daripada rakannya sewaktu berada di hadapan sebuah restoran makanan segara di Simpang.

BACA JUGA :   Peluang Kerjaya Lebih Luas Dalam Bidang Veterinar

Dalam rakaman video tersebut, pengadu telah menyaksikan seorang pemilik kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax telah bertindak mengikat seekor anjing pada kenderaannya.

Rakaman video tersebut juga menunjukkan kenderaan itu menyeret anjing malang terbabit sepanjang perjalanan ke suatu lokasi.

Pengadu yang menyaksikan adegan tersebut berasa tidak puas hati dengan tindakan pemilik kenderaan dan membuat laporan polis kerana beranggapan bahawa tindakan itu tidak berhati perut kerana mengheret anjing itu tanpa belas kasihan.

Pihak polis telah membuat semakan ke atas kenderaan terbabit dan siasatan ke atas pemiliknya mendapati kenderaan itu dipandu bapanya yang berusia 58 tahun pada malam kejadian, 10 Februari lalu.

BACA JUGA :   Hina Penonton Ketika "Live", Artis Ini Tegur Dato’ Aliff Syukri Kerana Tak Sensitif

Susulan dengan itu, suspek lelaki berkenaan ditangkap di rumahnya semalam dan siasatan lanjut ke atas suspek mendapati anjing itu dipeliharanya lebih dari setahun.

Suspek memaklumkan dia hendak membuang anjing itu kerana haiwan itu kerap kali mengigit wayar di rumahnya.

Siasatan turut mendapati anjing itu diletakkan di bahagian belakang kenderaan sewaktu hendak dibuang, namun dia menegaskan dia tidak sedar anjing itu terjatuh daripada kenderaan dan menyebabkannya terseret di sepanjang perjalanan.

Kes ini dikalsifikasikan di bawah Seksyen 44 (1) (a) Akta Binatang 1953.

Kesian anjing tersebut, kalau marah sekalipun janganlah sampai menyeksa haiwan. Walaupun dia haiwan, dia pun punya perasaan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here