Semalam kecoh di Twitter apabila seorang ‘tweetfamous’, @InjangNation telah membongkar kadar harga marketing yang ditetapkan oleh ‘instafamous-instafamous’ yang dikira tidak masuk akal.

Senang betul mereka-mereka ini buat duit, cakap sikit, ‘promote’ sikit, terus duit masuk. Itulah kerja ‘social media influencer’, sama ada ‘tweetfamous’, ‘instafamous’.

 

Injang di laman Twitternya telah berkongsi hakikat harga yang diletakkan oleh ‘influencer’ sehingga mencecah ribuan ringgit untuk menggunakan khidmat mereka untuk mempromosikan produk.

Kadang-kadang sampai tak masuk akal harga yang diletakkan. Caj ribu-ribu untuk satu video promosi pendek, dan tak lama lepas tu, video tersebut dibuang. Tak setimpal betul dengan bayaran yang sebanyak itu, tetapi dapat servis yang hanya sesingkat itu. Melampau.

BACA JUGA :   Selebriti dan 'Instafamous' diberi Amaran!

Pendedahan ini telah mengundang kecaman dan pelbagai reaksi dari netizen di media sosial yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan oleh ‘influencer’ yang cekik darah ini.

Ada netizen yang kecewa dengan golongan ‘influencer’ ini kerana seolah-olah mengambil kesempatan walaupun barang yang dipromosikan itu tidak berapa laku.

Lainlah kalau minta syarikat pengiklanan untuk iklankan produk, wajarlah untuk harga mencecah ribu-ribu untuk satu iklan. Lagi berbaloi rasanya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here