Mana ada gaduh tetapi laporan polis dibuat untuk diambil tindakan. Salah satu tindakan yang tidak matang dan dipengaruhi emosi.

Apa yang sebenar berlaku hanyalah mereka berdua sahaja yang tahu. Adakah itu salah satu gimik atau sememang benar-benar berlaku. Maklumlah apa sahaja boleh berlaku tambahan PRK di Semenyih sudah semakin hampir.

Ggchdeh8 o

Tiada pergaduhan yang berlaku, sebaliknya hanya salah faham dan adegan tarik-menarik dalam insiden Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan tidak serius dan Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo boleh dibebaskan dengan jaminan polis.

BACA JUGA :   Pelaksanaan Pemakaian Patuh Syariah Atlet Malaysia

Lrmaf5rt o

“Papagomo boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Jika kita rasa saksi sudah mencukupi, kita akan serahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk pendakwaan. (Sumber: Metro)

Bmmvdqz5 o

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Selangor, di Shah Alam, hari ini. Turut hadir, Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar serta Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.

Wan Muhammad Azri sebelum ini direman selama tiga hari mulai Isnin lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes serangan ke atas Syed Saddiq.

2cnh5hom o

Dia disiasat mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja. Malahan Papagomo juga dikatakan mencekiknya tanpa sebab dan mengugut Syed Saddiq.

BACA JUGA :   Bersukan Nampak Aurat? Syed Saddiq Dilabel Tiada Etika Sebagai Menteri

Pada Sabtu lalu setelah selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Syed Saddiq mendakwa diserang oleh sekumpulan penyokong parti pembangkang ketika sedang berjalan kaki menuju ke keretanya.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here