Rusuhan kaum mungkin boleh berlaku apabila ada sahaja pihak yang cuba melagakan. Hubungan baik ini mungkin terhakis jika isu perkauman terus dimainkan.

Selepas kes arwah adib, penghinaan terhadap Agong, menghina agama islam dan lain lain lagi. Jika ia terus berterusan sudah pasti hubungan baik sesama kaum akan terhapus. Lihat sahajalah semakin hari semakin banyak isu rasis terutama di media sosial.

8w4sluss o

Sikap seperti ini hanyalah mencemarkan nama kaum sahaja kerana yang bertindak sebegini hanyalah segelintir sahaja. Kini yang terbaru penduduk Taman Pendamar Indah di Pelabuhan Klang gempar apabila dikejutkan dengan penemuan patung berhala.

Patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabitul Huda. Patung itu diletakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab antara 2.30 petang hingga 4.00 petang. Ia disedari oleh Siak yang ke surau untuk persiapan solat Asar.

BACA JUGA :   Mengintai Dunia Pattani yang Tersembunyi

I2umbyng o

Siak surau iaitu Mohd Yatim Omar patung itu ditemui olehnya ketika mahu membuka pintu surau berkenaan.

Beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudiannya memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah surau bagi melihat sendiri patung tersebut.

Z5ftyido o

“Ketika saya pulang selesai solat Zohor, semua dalam keadaan baik dan tiada patung terbabit, namun apabila saya datang semula ke surau untuk persiapan solat Asar, ada patung berhala yang diletakkan di situ.

“Kami kecewa dan terguris dengan kejadian seperti ini yang seolah-olah menghina agama Islam serta menggesa dalang di sebalik kejadian itu tampil meminta maaf.

“Pada mulanya kami tidak mahu menimbulkan kekecohan serta memperbesarkan perkara ini, namun kami tidak boleh berdiam diri lagi berikutan ia tidak menghormati agama Islam,” (Sumber: Metro)

BACA JUGA :   Selepas Hagia Sophia, Sebuah Gereja Bertukar Status Di Turki

Glvnil5r o

Laporan polis telah dibuat di Balai Pandamaran, Klang Selatan. Patung itu telah diserahkan untuk siasatan yang lebih lanjut. Jika CCTV ada pasti memudahkan untuk mencari pelaku.

Perkara ini amat sensitif kerana ia mencemarkan tempat ibadah bagi masyarakat yang beragama Islam. Oleh itu, laporan polis telah dibuat bagi memberi pengajaran kepada semua masyarakat tidak mengira agama dan bangsa.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here