Berus gigi, semestinya hari-hari kita berus gigi untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut. Tetapi, ada beberapa fakta buruk dan dahsyat mengenai berus gigi yang perlu kita ketahui.

#Berjuta Bakteria Di Dalam Mulut

Percaya atau tidak, tapi sebenarnya ada kira-kira 100 hingga 200 spesis bakteria di dalam mulut anda hamper setiap masa. Keadaan mulut anda sebelum memberus gigi boleh menjadi kotor seperti lantai bilik mandi.

Eewww!

Ditambah pula dengan berus gigi anda yang mengandungi lebih daripada 100 juta bakteria termasuk bakteria staphylococci dan E. Coli.

#Penutup Plastik Berus Gigi Tempat Bakteria Membiak

Anda selalu meletakkan berus gigi di dalam penutup plastik selepas memberus gigi? Jika ya, ternyata anda sudah tersilap.

Jika anda beranggapan penutup plastik akan menghalang dan melindungi berus gigi daripada kotoran, ia sebenarnya hanya mendorong kepada pembiakan bakteria.

Ia juga boleh menyebabkan bakteria tersebar jika anda meletakkan semua berus gigi bersama.

BACA JUGA :   Aplikasi COVIDSafe untuk warga Australia

#Elakkan Letak Berus Gigi Berhampiran Pam/Aliran Air

Tahukah anda, apabila anda menyimpan berus gigi berdekatan tandas atau sinki, bakteria daripada tandas akan terperangkap dalam udara dan mendarat pada berus gigi anda.

Hal sama juga akan berlaku sekiranya anda mencuci tangan kerana bakteria pada tangan anda akan tersebar ke berus gigi anda.

#Jangan Berkongsi Berus Gigi

Bakteria boleh hidup selama tiga atau lima hari pada berus gigi kita, maka jika anda sakit dan menggunakan berus gigi anda, virus itu boleh hidup dalam berus gigi anda sehingga lima hari.

Jika anda berkongsi berus gigi anda dengan orang lain, virus yang melekat pada berus gigi anda boleh merebak dan tersebar kepada orang lain. Kemungkinan untuk mereka jatuh sakit pula adalah tinggi.

#Ganti Berus Gigi Sekerapnya

Seperti diketahui, berus gigi perlu ditukar setiap tiga atau empat bulan penggunaannya. Namun, tidak semua orang menyedari waktu yang sepatutnya mereka perlu menukar berus gigi baru.

BACA JUGA :   11 481 Kes COVID -19 Yang Masih Aktif Dengan Kebolehjangkitan.

Berus gigi yang sudah haus atau rosak tidak boleh membantu anda melindungi kesihatan mulut. Jadi, keraplah tukar berus gigi anda apabila diperlukan.

JADI DOKTOR GIGI BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.

PILIH DESTINASI DAN DAFTAR SEKARANG!

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here