CHRISTCHURCH, 15 Mac 2019 -Seramai 40 jemaah terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam kejadian serangan di dua buah masjid di bandar ini ketika solat Jumaat hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang.

Seorang lelaki yang dipercayai penyerang di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan tembakan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.

BACA JUGA :   Prosedur Perubatan yang Kejam Pada Masa Lalu

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbunuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here