Seringkali kita terdengar atau terbaca mengenai mitos yang mengatakan sup ketam merupakan penawar kepada penyakit demam denggi. Adakah ini benar atau semata-mata mitos? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Apakah itu demam denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus bawaan nyamuk Aedes aegypti yang sudah dijangkiti. Umumnya, terdapat empat jenis virus yang boleh mengakibatkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Penyakit ini adalah sangat berbahaya jika tidak mendapatkan rawatan awal sehingga boleh mendatangkan maut.

Adakah sup ketam memang benar boleh merawat demam denggi?

Di negara kita, terdapat banyak rawatan tradisonal dicadangkan dan ditawarkan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dengan demam denggi. Ada yang mempercayai bahawa demam denggi boleh dirawat dengan memakan sup ketam. Selain itu juga, ada yang mempercayai bahawa jus betik dan minuman isotonik juga dapat membantu meningkatkan platlet dalam darah. Persoalannya, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti-universiti Terbaik di Poland

Menurut Dr. Hafizah Mohamed Haniba yang merupakan Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung, ia adalah tidak benar kerana setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga jenis bahan makanan itu. Menurut beliau lagi, masih belum wujud apa-apa kaedah atau rawatan khusus sama ada moden atau tradisional untuk merawat penyakit itu.

Penafian mitos ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman yang merupakan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platlet darah rendah tetapi berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah. Ini kemudiannya akan mengakibatkan tekanan darah rendah dan tidak dapat sampai ke jantung.

Ya, ia hanya sekadar mitos semata-mata

Hakikatnya, sup ketam, jus betik, minuman isotonik atau apa-apa juga bahan makanan lain bukan satu solusi untuk merawat demam denggi. Menurut Dr. Mohammad Omar yang merupakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, bahan-bahan makanan ini hanya sekadar satu bentuk makanan tambahan dan bukan pengganti kepada rawatan yang sewajarnya.

BACA JUGA :   MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK BERGELAR SEBAGAI SEORANG DOKTOR ? AYUH REALISASIKAN IMPIAN ANDA!

Meskipun terdapat beberapa kajian yang mengatakan ada bahan makanan yang boleh merawat demam denggi, ia hanyalah sekadar mitos semata-mata. Sebaiknya, segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang tanda anda dijangkiti demam denggi.

JOM JADI PAKAR PERUBATAN BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.

PILIH DESTINASI DAN DAFTAR SEKARANG!

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here