Rusia merupakan satu negara yang cukup disegani di mata dunia. Gah dengan statusnya sebagai negara terbesar di dunia, kedudukan Rusia juga strategik kerana terletak bersempadan dengan negara-negara Eropah dan Asia serta lautan Pasifik dan Artik.

Bila menyebut tentang tarikan-tarikan istimewa di Rusia, pastinya tak cukup kertas untuk menyenaraikan kesemua tarikan di negara gergasi ini. Pendek kata, memang terdapat sangat banyak keistimewaan yang pasti mengujakan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Di sebalik keindahan alam dan suasana yang wujud di bumi Rusia, negara itu juga terkenal di mata dunia kerana kredibiliti mereka dalam bidang perubatan. Untuk rekod, lebih dari 100,000 pelajar antarabangsa telah melanjutkan pengajian di Rusia. Ini membuatkan Rusia menjadi salah satu destinasi terbaik dunia yang paling ramai dipilih oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan khususnya.

Kursk menawarkan kepada anda dua jenis tahap pendidikan iaitu ‘Pre-Med’ dan juga ‘Medical Degree.’

PRE-MED :

Pengajian Pre-Med ini ditawarkan kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti berprestij ini. Anda akan melalui tempoh pengajian selama 7 tahun untuk menamatkan pengajian. Antara syarat dan kebaikan yang ditawarkan kepada anda ialah :

  • Pengambilan pelajar dilakukan sebanyak empat kali pada setiap tahun iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan September.
  • Anda boleh mendaftar diri anda ke university KURSK ini dengan menggunakan keputusan SPM anda dan juga boleh mendaftar menggunakan keputusan percubaan SPM anda jika anda ingin melanjutkan pengajian lebih awal (kebiasaanya bagi pengambilan Februari).
  • Kelayakan keputusan yang dikehendaki ialah minimum ‘B’ bagi setiap subjek teras Sains yang anda ambil di sekolah. Tetapi jika anda memperoleh markah bagi subjek teras Sains selain daripada gred ‘B’ dan tidak gagal, Daulah Educonsult boleh membantu anda dan masih boleh diambil kira.
  • Tempoh pengajian selama 7 tahun (1 tahun pengajian ‘Pre-Med’ + 6 tahun pengajian bagi Medical Degree).
  • Pada (1) tahun tempoh pengajian bagi ‘Pre-Med’ anda akan dipersiapkan dengan persiapan sebelum memasuki Medical Degree di mana anda akan di ajar bahasa Rusia dan mempelajari semula subjek-subjek teras Sains yang pernah anda pelajari di sekolah. Semasa di peringkat Medical Degree pula anda akan menjalani praktikal di tahun ketiga.
BACA JUGA :   Berimpian belajar luar negara? Daulah Educonsult bantu anda !

MEDICAL DEGREE :

Medical Degree pula ditawarkan buat lepasan STPM dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti ini. Tempoh pengajian bagi Medical Degree pula berlainan dengan Pre-Med iaitu selama 6 tahun. Antara syarat dan kebaikan yang ditawarkan buat anda yang akan melanjutkan dalam Medical Degree ialah seperti :

  • Anda haruslah mempunyai asasi / STPM / A-Level / diploma dalam bidang Sains.
  • Kelayakan CGPA yang diperlukan ialah 3.0 dan minimum pointer ialah 2.5 .
  • Tempoh pengajian selama 6 tahun sahaja termasuklah praktikal di hospital kerajaan yang terdapat di Rusia.

Mengapa Kursk State Medical University harus menjadi pilihan anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana ianya bukan sahaja sebuah universiti yang berprestij dan melahirkan pakar-pakar perubatan yang bertauliah malah banyak lagi kelebihan yang anda akan dapat jika memilih Kursk State Medical University. Antara kelebihannya ialah :

  • Universiti perubatan paling murah di Rusia.
  • Banyak akses kemudahan di sekeliling kampus seperti pusat membeli-belah, mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana ianya berdekatan dengan kampus, tempat-tempat menarik untuk dilawati dan banyak lagi.
  • Lebih 300 orang pelajar Malaysia menuntut di Kursk State Medical University ini.
  • Menggunakan bahasa Inggeris bagi sesi pembelajaran. Bagaimana pun kebolehan untuk berbahasa Rusia juga digunakan bagi memudahkan anda berinteraksi dengan pesakit-pesakit apabila menjalani latihan praktikal nanti. Anda tidak perlu risau kerana anda akan diajar untuk berbahasa Rusia pada tahun pertama pengajian.
  • Kos sara hidup tidak tinggi.
BACA JUGA :   Lanjutkan Pelajaran ke Kursk State Medical University Bersama Daulah Educonsult

Xde2cfer o

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form.

Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult. Anda juga boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult secara langsung di sini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here