Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.

Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.

Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.

Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak

 PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN

1. MAKANAN TAMBAHAN VITAMIN C

vitamin-c-food-groups

Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.

Makanan tambahan adalah sangat penting untuk kesihatan diri terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan tubuh badan. Pelbagai jenis makanan tambahan yang mengandungi vitamin C yang kini dijual di pasaran.

Anda juga digalakkan mengambi makanan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. MINUMAN HALIA

IngwerteeIni adalah petua buang anginyang paling mudah dan paling sering diamalkan oleh ramai orang. Tambahan pula minuman yang berasaskan halia kini sudah dipelbagaikan.

Tetapi jika anda suka minuman halia yang semulajadi, ia tidak menjadi masalah besar dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.

Minum air halia yang dicampur sedikit dengan lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman dan masalah angin banyak dalam badan.

3. MAKAN BAWANG PUTIH

1200x672-mv-blog-images-04

Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat.

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan beransur keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir

Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar secara perlahan-lahan.

3. MINUM REBUSAN DAUN BETIK

Air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan.

Caranya dengan rebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun rasanya pahit, petua ini lebih mujarab.

4. MAKAN SUP PANAS

young-woman-sitting-on-a-couch-in-a-bathrobe-eating-soup

Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan makan sup panas apabila kita mengalami masalah angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang berpunca daripada angin tersebut.

5. KEROK DUIT SYILING

Pernah tak anda membuang angin dibadan dengan cara kerok duit syiling di bahagian badan?

Kebiasaannya badan dikerok menggunakan duit syiling licin supaya ia boleh membuka liang-liang kulit badan anda.

Petua ini dipercayai sejak sekian lama kerana boleh membuang angin dalam badan. Kerokan duit syiling ini boleh dilakukan untuk semua orang, kerana selain boleh hilangkan angin dalam badan, kerokan boleh sebagai cara melonggarkan otot dan urat yang tegang di badan.

Walaupun ramai mempertikaikan kesan kerokan seperti lubang liang kulit badan boleh membesar dan menambah teruk angin dalam badan, namun ramai yang telah merasai kerokan sebagai satu cara untuk buang angin dalam badan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here