Madrasah Daulah adalah sebuah program yang mengurus dan membimbing pelajar-pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) sebelun ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam aliran Pengajian Islam.

Bidang pengajiannya dalam Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Program-program yang dirangkakan di dalam Madrasah Daulah amat bagus dalam membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang akan dapat.

Kedudukan Maahad ini hanya mengambil 5 minit sahaja dari kampus utama Al-Azhar dan 3 minit dari Asrama Rumah Melayu Abasiah, Kahirah.

Madrasah Daulah adalah sebuah program yang mengurus dan membimbing pelajar-pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) sebelum ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam aliran Pengajian Islam (Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab). Program-program yang dirangkakan didalam Madrasah Daulah adalah bermatlamat untuk membina keperibadiaan dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh.

 Syarat Permohonan
-Lelaki atau Perempuan
-Berumur 14-21 tahun
-Berminat untuk mempelajari ilmu agama
-Bersedia mengikut peraturan & aktiviti yang di tetapkan

BACA JUGA :   Belajar Di Mesir Tanpa Sijil Menerusi Madrasah Daulah!

Semasa di Madrasah Daulah

Di Madrasah Daulah pelajar akan mempelajari Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Talaqqi Kitab bersama Syeikh, Pengajian Umum, Pengajian Bahasa Arab dan Program Study Tour sementara menunggu nama pelajar naik (dalam tempoh 1-2 tahun) untuk ujian kemasukkan ke Mahaad Buuth. Ujian tersebut akan menentukan pelajar Ke Mahaad Buuth (Sekolah Menengah) atau Dirosah Khossoh (Pra-Menengah).

 

Mahaad Buuth (Menengah)

Mahaad Buuth adalah sebuah sekolah kebajikan Antarabangsa dibawah Universiti Al-Azhar. Disini pelajar hanya perlu menanggung kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja. Manakala yuran, gaji guru, ditanggung sepenuhnya oleh bahagian kebajikan Universiti Al-Azhar. Tempoh pengajian di Mahaad Buuth (4-6 tahun) sebelum ke Universiti Al-Azhar.

Maahad Buuth, Al-Azhar (Sek. Men. Al-Azhar)

 

Dirosah Khossoh (Pra-Menengah)

Kelas persediaan sebelum ke Mahaad Buuth tidak terikat dengan masa yang tertentu, hanya mengikut kebolehan dan kecekapan pelajar.Disini pelajar mampu menjimatkan masa kerana diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Tahdid Mustawa (lompat kelas) ke peringkat lebih tinggi mengikut tahap kemampuan masing-masing.

BACA JUGA :   Tamatkan Pengajian Hingga ke Ijazah Sarjana Bersama Madrasah Daulah.

 

Lokasi

Ma’ahad Buuth Islamiyyah Al-Azhar ini terletak di Abbasiyyah, Kaherah, Mesir. Jika menaiki kenderaan, perjalanan lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Majid Al-Azhar. Selain itu, Maahad Buuth juga berdekatan dengan Dewan Malaysia Abbasiyahh, Kaherah (DMAK) atau dikenali sebagai (ARMA) yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak kedutaan Malaysia.

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah (Maahad Buuth), anda boleh mengisi borang di (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2).

Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.

Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult. Anda juga boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult secara langsung di sini.

 

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here