Pekerja yang berhenti kerja bukan suka-suka tau. Tak adanya tiba-tiba mereka bangun pagi dan terus buat keputusan untuk nak berhenti kerja tanpa sebab. Sebab lumrah manusia akan fikirkan dahulu segala tanggungjawab yang perlu dijalankan dan yang paling biasa bil-bil yang masuk bila dah sampai hujung bulan. Duit kereta, sewa rumah, bil telefon, bil elektrik, bil ASTRO macam-macam lah.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar ini, susahnya nak cari kerja dan senangnya nak berhenti. Ada beberapa sebab mengapa para pekerja berhenti kerja dan yang sebab paling utama adalah majikan. Nampak tak bagaimana majikan ni mainkan peranan penting dalam alam pekerja.

  1. Kerja kuat tetapi tak setimpal dengan gaji

Gaji yang diterima sedikit berbanding dengan kerja yang dibuat. Ini adalah isu yang biasa didengari daripada para fresh graduates. Ada yang mengatakan ”biasalah, ini lah lumrah kerja, gaji permulaan tak setimpal dengan kerja yang kena buat.” Tapi sebenarnya itu sudah dikira underpaid okay.

 

Mereka ambil kesempatan atas korang. Makin lama kalau beginilah, sampaikan balik lewat malam, hujung minggu pun perlu bekerja tetapi gaji yang diterima sedikit sahaja, boleh menyebabkan pekerja ambil keputusan untuk berhenti.

Siapa yang dapat bertahan bekerja berhempas-pulas dan walaupun sudah beberapa tahun berlalu gaji masih lagi ditahap permulaan. Sedangkan pekerja baru yang masuk pun ditawarkan gaji lebih lagi daripada anda.

 

  1. Sering dibanding-bandingkan

Penilaian biasanya akan berlangsung selama tempoh percubaan dan itu bergantung pada company itu sendiri kerana ada yang selama 3 bulan dan ada juga selama 6 bulan. Dalam tempoh ini memang layaklah korang dibuat penilaian daripada bos besar tetapi masalahnya di sini, walaupun sudah lama bekerja majikan masih lagi suka membanding-bandingkan prestasi kerja korang dengan pekerja lain.

Ada juga yang memerli pekerjanya yang kurang memuaskan dan bandingkan dengan pekerja lain secara terbuka. Majikan yang sebagusnya, akan berhadapan dengan pekerja tersebut dan bincangkan apa yang mereka berdua boleh ubahkan.

  1. Tiada haluan untuk memajukan kerjaya
BACA JUGA :   9 Jururawat Mengandung dan Bakal Bersalin Serentak!

Impian utama pekerja apabila memasuki alam pekerjaan ini sudah semestinya  untuk mencari peluang memajukan diri dan kerjaya. Tak kan lah mahu kekal di jawatan yang sama sampai ke tua bukan? Perlunya untuk memajukan diri selepas beberapa tahun. Apa yang mereka mahukan adalah peluang yang terbuka diberikan oleh majikan.

 

Okay, pelan ini adalah untuk jangka masa panjang, dan bukannya selepas sebulan dua terus mengharapkan kenaikkan pangkat. Jika selepas beberapa tempoh, majikan masih lagi senyap dan jawatan tertinggi yang terbuka diberikan kepada pekerja baru, seakan masa depan mereka dalam kerjaya tidak terbuka.

 

  1. Orang atasan tidak percaya pada pekerjanya

 

Hal yang lagi penting adalah apabila majikan tidak percaya pada pekerjanya sendiri. Setiap kerja yang diberikan, mereka akan pantau sepanjang masa dan sering kali bertanyakan bagaimana kemajuan kerja itu. Pekerja rasa rimas dan seperti kelayakannya tidak digunakan dalam kerja yang dilakukan. Anda ambil mereka bekerja disebabkan kelayakan dan atas dasar percaya bukan? Jadi letakkan kepercayaan atas mereka.

 

  1. Sering dikritik dan jarang diberi pujian

 

Ini perkara yang boleh menjatuhkan motivasi pekerja. Apabila melakukan sebarang kesalah, cepat sahaja majikan akan kritik dan marah tetapi apabila mereka buat sesuatu yang bagus tiada pula pujian diberikan. Majikan hanya nampak perkara negatif sahaja dan bukan positif. Perkara ini makin lama akan membuatkan pekerja kurangnya motivasai untuk bekerja dan timbul perasaan seakan tidak diperlukan khidmat di company itu.

 

  1. Pekerja yang tidak bagus dapat kenaikkan pangkat sedangkan ada yang lebih bagus

Isu sebegini berkait-rapat dengan sikap suka membodek majikan. Sepatutnya keputusan untuk kenaikan pangkat dan gaji semuanya dilakukan atas dasar prestasi kerja dan kelayakan mereka. Ia tidak sepatutnya berdasarkan atas pilih kasih.

Tidak adillah macam tu! Hal macam inilah yang membuatkan pekerja bertindak untuk berhenti kerja kerana sudah nampak hala tuju syarikat itu sendiri dan walau lama mana pun bekerja di situ tidak akan peluang untuk ditawarkan jawatan tinggi.

  1. Tidak diberikan fleksibiliti dalam kerja
BACA JUGA :   Panduan Memilih Program Pengajian

Ya, memang kita tahu waktu bekerja adalah seperti yang ditetapkan datang kerja pukul 9 pagi dan balik pukul 6 petang. Tetapi janganlah terlalu rigid sampaikan mahu keluar awal 10 minit atas sebab tertentu pun tidak boleh.

Majikan perlu tahu pekerja juga ada tanggungjawab lain sebagai anak, sebagai abang atau kakak, sebagai suami atau isteri dalam menguruskan keluarga.

Bagi pekerja yang ada anak, mungkin pada pukul 1 mereka perlu ambil anak di sekolah dan hantar ke rumah pengasuh sebentar. Jadi mereka mungkin ambil masa sedikit sewaktu rehat tengah hari. Majikan perlu faham, ini jika hari Jumaat terlambat masuk office sebabkan sembahyang Jumaat pun dipotong gaji susah juga.

 

  1. Kebajikan pekerja perihal keluarga tidak dilayan langsung

Ada masanya pekerja perlu ambil cuti kecemasan disebabkan hal keluarga yang tidak boleh dielakkan. Hal berkaitan sakit dan sebagainya mana kita boleh elak bukan? Apa yang membuatkan pekerja terasa adalah apabila mereka ambil cuti kecemasan beberapa hari untuk menjadi ibu bapa yang sakit dan majikan telefon bukannya mahu bertanya khabar tetapi yang diingatnya adalah hal kerja yang tertangguh dan tidak disiapkan.

Seakan pekerja ini tiada makna dan mereka hanya mahukan mereka untuk bekerja sahaja, tiada nilai prihatin. Pekerja bukan robot tanpa perasaan okay?

 

  1. Kerja sudah tak jadi menarik lagi

 

Bosan melakukan kerja yang sama bererulang kali dan tiada apa lagi yang menarik untuk dilakukan. Sering kali berasa diri sudah tidak tercabar untuk melakukan kerja. Kalau dulu pada mulanya berasa seronok kerana itulah proses pembelajaran, pada mulanya best dan makin lama-kelamaan bila sudah mahir rasa bosan pula timbul. Masalah ini biasa terjadi di kalangan pekerja muda yang berjiwa bebas. Mereka mahu berterusan lama keadaan mencabar.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here