Program Madrasah Daulah terletak di Mesir. Madrasah Daulah adalah sebuah program yang menguruskan dan membimbing sekumpulan pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sek. Men. Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) yang berada dibawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Program-program yang dirangkakan didalam Madrasah Daulah adalah bermatlamat untuk membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh sebagai seorang “Al-Azhari” bagi setiap pelajar yang berada dibawah bimbingannya.

Maahad Buuth Al-Azhar (Sek. Men. Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir)

Madrasah Daulah menekankan dan menumpukan perhatian yang serius terhadap para pelajar didalam beberapa aspek :

✔️ Pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian yang mulia.

✔️ Pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu moden serta kemahiran-kemahiran.

✔️ Hafazan dan Al-Quran dan bacaan Al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih.

✔️ Pembentukkan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ (keperibadian seorang ‘Azhari’) yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff, dengan penghayatan yang mendalam.

BACA JUGA :   Keberangkatan pelajar ke Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kasim, Riau Indonesia

Syarat Kelayakkan

✔️ Terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 21 tahun tanpa mengira latar belakang pendidikan.

✔️ Disiplin dan keinginan yang tinggi untuk belajar merupakan perkara yang paling diutamakan.

Struktur Pembelajaran

Semasa di Madrasah Daulah :

-Pelajar akan membuat persediaan dahulu dan mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab dan lain-lain sebelum mengikuti ujian bagi kemasukkan ke Mahaad Buuth.

Tempoh masa pengajian bergantung kepada tahap penguasaan pelajar :

Paling awal adalah 4 tahun dan paling lewat adalah 6 tahun sebelum ke universiti Al-Azhar.

Anggaran masa untuk nama naik bagi menduduki ujian kemasukkan di Maahad Buuth adalah 1 ke 2 tahun bergantung penguasaan pelajar.

-Pendaftaran awal bagi menduduki ujian akan dibuat awal semasa tiba di Mesir.

Susulan bagi ujian kemasukkan tersebut :

Pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan terus ke peringkat Maahad Buuth iaitu peringkat sekolah menengah.

BACA JUGA :   Rasai Pengalaman Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult

-Pelajar yang mendapat keputusan kurang baik akan masuk ke Dirossah Khossah iaitu pra-menengah dan akan menjalani pembelajaran secara bertahap. Bergantung kepada tahap penguasaan.

 

Lampiran gambar-gambar pelajar Madrasah Daulah

Mahaad Buuth adalah sebuah sekolah kebajikan Antarabangsa dibawah Universiti Al-Azhar. Disini pelajar hanya perlu menanggung kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja. Manakala yuran, gaji guru, ditanggung sepenuhnya oleh bahagian kebajikan Universiti Al-Azhar. Tempoh pengajian di Mahaad Buuth (4-6 tahun) sebelum ke Universiti Al-Azhar.

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Daulah, anda boleh mengisi borang di Google Form.

Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah. Anda juga boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah secara langsung di sini  (018-9624322).

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here