Putus cinta? Siapa je yang tak pernah putus cinta. Rata-rata dari kita pastinya pernah merasa bagaimana sakit dan peritnya putus cinta. Percayalah, tiada siapa pun yang inginkan hubungan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang akhirnya putus di tengah jalan akibat dari sebab-sebab tertentu. Tetapi, itulah lumrah dan asam garam dalam percintaan.
Walau apapun sebab dan alasannya, sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, pastinya masalah yang hadir itu, ada ubat serta jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bijak mengatasi dan mengawal situasi dengan tenang.
- Positif
Jangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana. Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda. Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah betul-betul bersedia. Bangkit! You can move on with dignity.
- Sibukkan diri
Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi. Bagi yang masih belajar, study lebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej. Kerja overtime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan anda kembali teringatkan kekasih lama. Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.
- Lakukan aktiviti fizikal dan riadah
Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Pergi ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada teringat kisah lalu. Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.
- Berkomunikasi dengan orang sekeliling
Ingat! Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas! Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.
Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu kawan yang ramai tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan. Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu. Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan akan kembali seperti biasa.
- Jangan stalk ex anda
Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun laman sosial si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya. Padamkan semua contact si dia, delete phone number, unfriend akaun laman sosialnya, dan paling penting padam semua mesej daripadanya. Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat dan loser. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!
- Masih ada yang sayang
Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri. Bangkit! Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.
- Lepaskanlah apa yang terpendam
Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata. Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati. Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda.
Buat apa menangis dan memikirkan orang yang sudah buang anda daripada hidupnya. Anda harus bangkit dan bersedia menjalani hari mendatang kerana kita tidak tahu apa yang bakal menyusul dan menanti. Chin up and be happy!