SEDIH namun tidak sampai mengalirkan air mata tegas Amy Search mengenang kembali insiden potong rambut yang berlaku kepada kumpulan Search dan Wings pada tahun 1992.

Mengakui isu tersebut meng­gemparkan negara ketika itu, Amy mengakui perkara tersebut terpaksa dilakukan demi menjaga periuk nasi mereka.

Amy mengulas imbasan 80 tahun Utusan Malaysia, “Rockers menangis rambut dipotong menteri”, menceritakan detik beliau bersama kumpulan Search dan Wings dipotong rambut atas arahan kerajaan pada 1992.

 

“Tak ada program televi­syen dan radio tak mengapa lagi tapi jangan tak ada konsert memandangkan itu adalah ma­ta pencarian kami.

Bagi Datuk Awie pula, apa yang berlaku ketika itu memberikan impak yang sangat besar kepada kerjaya mereka sebagai sebuah kumpulan.

“Mahu tak mahu kami ter­paksa akur dengan keada­an bila persembahan makin ku­rang. Perut masih perlu diisi dan akhirnya kami mengalah membenarkan menteri memotong rambut,” jelasnya.

Jelasnya mereka yang berimej rambut panjang belum boleh dianggap jahat dan prinsip itu dipegang sehingga ke hari ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here