Universiti Terkemuka Dunia
.
Universiti-universiti terkemuka di Mesir. Tambahan pula, Mesir mempunyai beberapa universiti terkenal yang khusus dalam bidang perubatan serta kesusteraan bahasa Arab. Antara universiti terkenal yang telah menjadi pilihan pelajar daripada seluruh dunia ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Mansoura dan Universiti Alexandria.
.
UNIVERSITI AL-AZHAR

Image result for universiti al azhar
.Universiti Al-Azhar merupakan antara universiti yang tertua di negara Mesir sejak penubuhannya pada tahun 975 masihi. Universiti Al-Azhar yang telah diasaskan ketika dinasti Isma’ili Shi’a Fatimid memiliki beberapa fakulti yang meliputi pengkhususan dalam bidang undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy) serta falsafah awal Islam, dan logik.
.
Namun pada tahun 1961, struktur universiti Al-Azhar telah dirombak kembali oleh kerajaan Presiden Mesir ke-2, Gamal Abdel Nasser di mana beberapa fakulti baru seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian telahpun ditambah dalam struktur pengajian di universiti Al-Azhar.
Universiti Al-Azhar merupakan pilihan utama pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pelajaran kerana ia merupakan pilihan terbaik yang telah mendapat pengiktirafan yang tinggi bagi pengajian agama yang mendalam.
.
UNIVERSITI MANSOURA

Image result for UNIVERSITI MANSOURA
.Sejarah universiti Mansoura bermula pada tahun 1962 sebagai Fakulti Perubatan Cairo yang kemudiannya telah berkembang dan telah dinaiktaraf sehingga berjaya membentuk empayarnya sendiri pada tahun 1972. Fakulti Perubatan Cairo ini juga telah ditubuhkan sebagai sebuah university yang dikenali sebagai Universiti Mansoura sehingga kini.
.
Universiti Mansoura telah diasaskan pada tahun 1972 di bandar Mansoura. Universiti Mansoura kini merupakan antara universiti terbesar di Mesir dan telah diiktiraf oleh Malaysian Medical Council (MMC) pada tahun 1978.
Selain itu, Universiti Mansoura juga terkenal dengan penubuhan pusat perubatannya yang khusus kepada penubuhan pusat nefrologi terbesar di Afrika. Seramai 100,000 pelajar daripada seluruh negara telah mendaftar dan melanjutkan pelajaran di universiti Mansoura. Sebanyak 17 fakulti telah dibentuk dengan menawarkan pelbagai kursus yang meliputi pengajian dalam bidang perubatan, pergigian serta farmasi.
.
UNIVERSITI ALEXANDRIA

BACA JUGA :   Taman Tema yang Menarik di Indonesia

Image result for UNIVERSITI ALEXANDRIA
.Universiti Alexandria merupakan sebuah universiti yang berada di tangga ke-14 di seluruh rantau Arab. Universiti Alexandria telah ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai sebuah kampus cawangan Universiti Kaherah. Ia telah menjadi sebuah institusi yang berasingan pada tahun 1942 dan telah dinamakan semula sebagai ‘Universiti Alexandria’ pada tahun 1952.
.
Universiti Alexandria merupakan universiti kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Medical Council pada tahun 1975. Pelbagai bidang pengajian yang telah ditawarkan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Alexandria.
Kebanyakan bidang pengajian yang ditawarkan adalah meliputi bidang yang khusus kepada pergigian, perubatan serta sains kesihatan.

Berminat sambung belajar di luar negara? Daulah EduConsult jawapannya !

Jika anda pelajar lepasan asasi, matrik, stpm, diploma mahupun setaraf layak memohon. Masih ramai lagi pelajar yang masih lagi tercari-cari universiti yang sesuai buat mereka. Begitu juga dengan bidang pengajian yang ditawarkan oleh pihak universiti. Jika menyambung dengan Daulah Educonsult, terdapat pelbagai cabang pengajian yang disediakan buat pelajar. Tidak kira dari segi perubatan sains sehingga ke bidang agama.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian dalam Bidang Farmasi di Indonesia

Jika adik-adik mempunyai keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, tapi masih ingin belajar ke luar negara? Daulah Educonsult sedia membantu dalam menyelesaikan masalah anda. Stigma ini juga sering bermain di minda pelajar mengenai perkara ini. Jika pointer jatuh, anda berasa seakan putus harapan mengenai sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi seperti bidang perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan kejuruteraan.

Terdapat banyak kemudahan fasiliti bagi pelajar Malaysia. Sumber foto: Daulah Educonsult

Namun begitu, jika anda mempunyai impian yang tinggi, anda patut mengecapinya kerana peluang tidak akan datang buat kali kedua.

masih lagi membuka kemasukan bagi mana-mana pelajar yang bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian ke luar negara.

Daulah Educonsult juga menyediakan perkhidmatan Kaunseling secara percuma. Sekali lagi secara PERCUMA. Anda tidak perlu ragu-ragu kerana anda mampu menyambung pengajian ke luar negara di Poland, Mesir, Turki, Indonesia, Rusia dan Bangladesh dengan Daulah Educonsult.

1rdmpfk6 o

BERMINAT?

JIka anda berminat dan ingin realisasikan cita-cita anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here