Kebanyakan orang berasa agak tidak selesa apabila melihat darah atau terpaksa mendapatkan suntikan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, melihat darah atau jarum menyebabkan mereka menjadi lemah atau berasa ingin pengsan.

Tindak balas dramatik ini dikenali sebagai vasovagal syncope atau neurocardiogenic syncope, yang menjadikan kadar degupan jantung dan tekanan darah menurun secara drastik. Apabila tekanan darah anda tiba-tiba jatuh, aliran darah ke otak berkurang menyebabkan anda pengsan.

Vasovagal syncope biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Tetapi anda mungkin boleh tercedera semasa episod vasovagal syncope. Doktor anda boleh mengesyorkan ujian untuk menolak penyebab pengsan yang lebih serius, seperti gangguan jantung.

Simptom sebelum pengsan akibat vasovagal syncope

  • Kulit yang pucat
  • Pening
  • Tunnel vision– penglihatan sempit sehingga anda hanya melihat apa di depan anda
  • Loya
  • Berasa hangat
  • Berpeluh
  • Menguap
  • Penglihatan kabur

 

Pemulihan selepas episod vasovagal syncope biasanya bermula kurang dari satu minit. Walau bagaimanapun, jika anda berdiri terlalu lama selepas pengsan, dalam masa kira-kira 15 hingga 30 minit anda berisiko untuk pengsan lagi.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Capaikan Hasrat Untuk Sambung Belajar ke Luar Negara

‘Applied Tension Technique’ untuk mereka yang pengsan melihat darah

Applied Tension Technique adalah strategi yang dibangunkan untuk membantu mencegah daripada pengsan atau membantu seseorang lebih cepat sembuh jika mereka pengsan. Teknik ini melibatkan tekanan otot dalam tubuh anda, yang mana meningkatkan tekanan darah anda. Ini bermakna, jika tekanan darah anda meningkat, anda lebh kurang terdorong untuk pengsan.

 

Dalam teknik ini, anda perlu duduk di kerusi yang selesa dan tegangkan otot-otot di tangan, kaki dan torsol (sekitar bahagian dada) untuk 10 hingga 15 saat. Anda perlu menahan ketegangan sehingga anda mula berasakan hangat di kepala. Kemudian, rehatkan tubuh selama 20 hingga 30 saat. Ulanginya 5 kali.

 

Selain itu, jika anda berasa seperti mungkin akan pengsan, berbaring dan angkat kaki anda. Ini membolehkan graviti memastikan darah mengalir ke otak anda. Jika anda tidak boleh berbaring, duduk dan letakkan kepala di antara lutut sehingga anda berasa lebih baik.

BACA JUGA :   Rawat Diri Anda Dengan Lidah Buaya Secara Konsisten

ANDA BERIMPIAN MENJADI PEGAWAI PERUBATAN? DAULAH EDUCONSULT JAWAPANNYA!

Wlpkvh5w o

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran di luar negara.

Peluang Sambung Belajar di Luar Negara, Memang Terbaik Daulah Educonsult ni!

Xde2cfer o

Kalau anda nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.

Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian ke luar ngara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.

Berminat?

Kekzqlj5 o

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here