Dengan pelbagai isu politik mengenai Rusia dalam berita kini, jangan biarkan ia menjadi penghalang anda daripada melawat negara yang luar biasa ini.
Jika anda seorang penggemar sejarah, Rusia mempunyai tempat yang istimewa yang boleh anda lawati. Walaupun sejarah tidak termasuk dalam minat anda tetapi keindahan Rusia dari segi kekayaan budaya, bangunan yang berabad-abad lamanya, dan muzium yang meninggalkan pelbagai cerita menarik bakal membuatkan anda tertarik.
Moscow mempunyai 16 peratus umat Islam yang didokumenkan. Dan salah satu masjid terbesar di Eropah adalah Masjid Katedral Moscow yang dapat menampung 10,000 orang muslim.
Ini juga secara tidak langsung untuk mencari restoran berdekatan Moscow adalah lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Terdapat beberapa restoran halal dimana mereka menjual makanan halal dan minuman yang tiada alkohol tetapi ada juga restoran yang membekalkan menu halal tetapi masih menawarkan alkohol kepada para tetamu. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mencari restoran yang mempunyai sijil halalnya kerana di Rusia tanda halal tidak sukar untuk ditemui, dan anda boleh meyakini pensijilan restoran tersebut.
Ketika melawat ke Rusia terdapat kiosk di jalanan yang menyajikan kebab halal, dan restoran Halal di Evropeyskiy Mall dan THE21 Food Market di New Arbat terletak di Arbat Street. Tidaklah sukar untuk mencari tempat makanan Halal di Moscow, Rusia.
Di samping itu, terdapat beberapa senarai restoran Halal yang terbaik di Moscow antaranya :
# Restoran Uryuk
Uryuk adalah restoran yang bertemakan klasik dengan menyajikan beberapa sajian halal menarik dari Uzbek. Jika anda tidak pernah mencuba makanan tempatan dari Uzbekistan, Armenia, dan banyak lagi. Melawat Uryuk adalah kemestian untuk anda. Restoran ini terdapat di pelbagai lokasi di bandar Moscow, anda hanya perlu mencari di google map sahaja. Makanan dengan harga yang berpatutan, servis yang terbaik dan tempat makan yang santai dan selesa membuatkan restoran ini sangat popular.
# Livanets
Masakan Lebanon halal paling menarik di Moscow. Hummus klasik, roti pita dan daging boleh membuatkan citarasa anda berubah. Walaupun harga makanan disini yang agak mahal tetapi ia sesuai bagi suasana, perkhidmatan dan rasa yang hebat. Mereka menyediakan alkohol jadi berhati-hati.
# Chaikhana Shurpa
Terletak di Avia Park Mall, Chaikhana Shurpa adalah sebuah restoran halal seperti Uryuk dengan masakan yang sama. Mereka terkenal dengan perkhidmatan yang terbaik, suasana dan makanan yang sangat baik. Ramai yang mengatakan cara terbaik untuk menghabiskan petang anda adalah dengan makan tengahari di restoran ini selepas penat berjalan di pusat beli belah. Anda akan merasakan keselesaan sofa yang disediakan pemilik sambil menjamu makanan istimewa mereka.
# Vai Me!
Jika anda belum pernah ke negara Georgia lagi di restoran ini menyajikan makanan halal yang sama baiknya dengan Georgia. Hidangan ringan dan sederhana dibuat dengan penuh kesempurnaan dan mereka menawarkan pilihan vegetarian yang tidak kurang hebatnya juga. Makanan yang baik bersama dengan perkhidmatan yang baik dan suasana mesra membuat Vai Me! Lawatan wajib.
Tetapi anda dinasihatkan lebih berhati-hati kerana ada sesetengah restoran yang membekalkan minimum beralkohol kepada tetamu.
Sedikit info tambahan kepada anda!!
Mempunyai cita-cita untuk menyambung pengajian ke luar negara? Kini Daulah Educonsult menawarkan peluang keemasan untuk anda.
Segera klik laman web Daulah di https://daulahmedic.com/ untuk maklumat lanjut.
Hubungi Konsultan Pendidikan Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarat dan proses mudahdi talian 018-9624322 atau 018-2429322.
Pengambilan pelajar baru ke universiti Rusia, Indonesia, Mesir, Poland dan lain-lain bagi sesi 2019 kini dibuka!
Pra Pendaftaran online boleh terus klik