Rusia merupakan sebuah negara yang diketahui umum antara negara yang terbesar dan luas wilayahnya. Negara yang dikenali sebagai negara multikultural yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya yang berlainan. Jumlah penduduk yang tercatat adalah seramai 147 juta orang.
Rusia merupakan negara yang menjadi salah satu lokasi pilihan mereka yang kaki travel. Pemilihan tempat untuk dilawati pasti menjadi tajuk utama yang wajib dibincangkan sebelum melancong ke sesebuah negara.
Namun, mengetahui gaya hidup sesebuah negara juga penting untuk diketahui sebelum memulakan penggembaraan anda. Jadi bagaimana budaya dan gaya hidup masyarakat di Rusia ?
Pasti berbeza gaya hidup bagi setiap negara! Jadi ayuh ketahui 5 perkara yang biasa dilakukan oleh masyarakat di Rusia.
1. Bersihkan sisa makanan
Masyarakat Rusia amat mementingkan kebersihan lokasi tempat makan. Kebanyakan pelanggan lebih suka untuk membersihkan sisa makanan mereka selepas habis makan.
Jadi bagi anda yang ingin berlibur di negara Rusia, lebih-lebih lagi sewaktu berkunjung di kedai-kedai makan pastikan anda melihat sekeliling.
Jika para pelanggan membersihkan sisa makanan mereka, anda juga perlu turut membersihkan sisa makanan.
2. Penggunaan plastik
Di Rusia penggunaan plastik beg tidak digalakkan di pusat membeli belah atau di kedai-kedai. Mereka gemar membawa beg dari rumah.
Ada juga kedai yang menyediakan plastik beg tetapi untuk mendapatkan plastik beg dari kedai-kedai anda akan dikenakan bayaran. Jadi, jika ada ingin membeli barang di pasar raya mereka pastikan anda juga membawa extra beg.
3. Berdiri di eskalator
Masyarakat Rusia mempunyai satu polisi dimana mereka akan berdiri di posisi kanan jika mereka ingin berdiri dan bukan di posisi kiri.
Posisi kiri adalah bagi mereka yang ingin berjalan laju atau cepat. Jika anda ke sana pastikan anda tidak menghalang perjalanan mereka di posisi kiri.
4. Teksi tanpa meter
Di Rusia, pemandu teksi tidak menyediakan meter di dalam teksi mereka. Masyarakat Rusia sudah biasa dengan keadaan begitu. Kadar bayaran yang dikenakan bergantung berapa jauh lokasi yang ingin pergi.
Jadi, pada anda yang bakal melawati negara Rusia pastikan anda faham situasi di sana. Pastikan anda pandai menawar harga untuk penggunaan teksi mereka. Jangan sampai tertipu.
5.Terlalu banyak senyum
Perkara yang paling anda perlu elakkan adalah memberikan terlalu banyak senyuman kepada masyarakat Rusia. Mereka kurang memberi senyuman sesama mereka lebih-lebih lagi kepada pelancong.
Kebiasaan mereka akan senyum kepada kenalan atau kerabat mereka , jadi elakkan terlalu banyak senyum. Anda tidak akan dianggap sombong jika tidak senyum.
Itulah antara 5 cara yang diamalkan penduduk di Rusia. Ada yang hampir sama dengan masyarakat di Malaysia dan ada juga yang jauh berbeza. Walaubagaimanapun , kita tetap perlu hormati gaya hidup mereka.
Ramai juga pelajar Malaysia yang menyambung pengajian disana dan ada juga yang kesana untuk bekerja. Pastikan anda menjaga adab dan hormati cara mereka.
- Anda teruja ingin merasai hidup di negara Rusia ? Inginkan lebih pengalaman dalam mengenali budaya penduduk Rusia?
- Peluang belajar di Eropah iaitu Rusia kini dibuka kepada anda yang ingin merasai gaya hidup masyarakat Rusia.
- Anda merupakan pelajar lepasan SPM/IGCSE/STPM/Asasi/Matriks/A level/Diploma dan setaraf yang mempunyai impian untuk digapai di negara eropah?
Pihak Daulah Educonsult membuka peluang keemasan kepada anda yang ingin menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang Perubatan, Pergigian, Veterinar, Farmasi, Kejuruteraan dan banyak lagi.
< Ayuh, daftarkan diri anda segera klik link dibawah >
Inginkan maklumat lanjut ? Terus layari laman web www.daulahmedic.com atau anda juga boleh menghubungi konsultan mereka di talian 0189624322 atau 0182429322.